Assalamualaikum
semua,semoga terus mendapat rahmat dan belas kasihan Allah dalam melaksanakan
ketaatan kepadaNya,semoga kita terus diberi kekuatan untuk menjauhi
laranganNya,selawat dan salam buat junjungan mulia kekasih Allah nabi Muhammad
SAW kerana susah payah baginda, hari ini Islam sampai kepada kita.
Al- Quran
Subhanallah
dapat tahu hari ini Malaysia merangkul semua kategori Hafazan dan Tilawah
al-Quran.
Subhanallah
orang Malaysia bukan calang - calang orang,pencinta Al – Quran menang..
Keputusan
kategori hafazan Al – Quran Peringkat Antarabangsa 1435H/2014, johan muslimin
dan muslimatnya dari Malaysia,subhanallah..
Johan Muslimin
: Mohd Ersyad Abdullah
Johan bagi
Muslimat : Norhafizah binti Mohd Shafie
Tahniah kerana
terpilih.tahniah juga untuk Qari Ustaz Tarmizi dan Puan Hanimzah
................
Rasa terpanggil
untuk menulis kembali blog ini,teringat matlamat utama kenapa saya isi semua pilihan jurusan UPU saya jurusan bahasa arab untuk semua universiti. Niat saya ingin
mendalami bahasa arab dan mendalami Al-Quran..subhanallah saya kagum begitu
cantik Allah susun ayat-ayat dalam Al-Quran,sejak hari itu, nekadnya saya untuk
berada di jurusan ini. Kita buat perancangan Allah juga punya perancanganNya.Cantik
perancangan Allah !
Kisah
sahabat seorang hafizah..
Katanya setiap
hari dia perlu mengulang hafazan sekurang – kurang satu juzu’ .. subhanallah
ukhti hebat ! Akhlaknya seiiring dengan hafalannya, cantik ! Dalam solat fardhu
diulang bacaannya , dalam solat sunat diulang bacaannya..Allahu akbar malu saya
mendengar ceritanya,malu kerana kadang-kadang saya hanya mampu membaca Al –
Quran beberapa muka sahaja setiap hari.
Harapan saya
semoga saya dapat mengikut jejak langkahnya,umur dah meningkat,lambat pun tak mengapa..semua yang
membaca tulisan ini mohon doanya.
Jaga Quran baik-baik,yang tak menghafal al – quran pun kena jaga dan amalkan isi kandungan al-quran.
Al – Quran ini
ubat..sebab itu antara cara nak ubat hati perlu baca Al – Quran serta maknanya.
Banyak cerita di dalamnya belum
diketahui dan dikaji.
Saranan
saya kalau ditempat anda semua ada kulliah tafsir pergilah menimba ilmu,insyaallah
tidak merugikan.Saranan ini semestinya untuk saya yang menulis ini. Bila cerita
bab ke kulliah,para wanita muslimah pergilah timba ilmu,ya kita bersama..cari rakan untuk
pergi..di rumah pergilah bersama kakak,adik,ayah,ibu..siapa sahaja mahram kita.
Jangan berikan banyak alasan. Andai kita bersungguh insyaallah Allah mudahkan.
Para lelaki muslimin
jangan berikan banyak alasan juga,sesungguhnya kadang – kadang saya cemburu melihat
mereka lebih mudah ke majlis - majlis ilmu kerana sifatnya memang mereka tidak perlu mahram untuk keluar, ini peluang untuk
mereka,jelajahlah ke mana sahaja yang kamu suka untuk cari permata ilmu. Jangan
sia –siakannya, kerana sifat peluang ini jarang datang dua kali.
Doa saya
semoga kita semua memperoleh hidayah Allah.Amiin.
saya masih ada exam isnin ini - subjek perkamusan arab ,doakan saya :)
No comments:
Post a Comment