Pages

Thursday 17 October 2013

Masa,Aku dan Mak Abah






Kawan-kawan sibuk bertanya sama ada saya balik atau tidak raya haji kali ini,kata saya pada mereka,setakat dalam perancangan saya insyaallah muktamad saya balik,kalau ada apa-apa program atau event nanti saya pertimbangkan,saya balik kampung sebab saya ada tanggungjawab sebagai seorang anak kepada kedua orang tua saya.

Sejak dari mula daftar semester baru,saya belum lagi pulang ke kampung kerana kekangan-kekangan masa sebagai mahasiswa yang tidak dapat saya elak,dan pagi sabtu itu kaki ini terus melangkah dengan niat “Aku balik nak bantu mak abah di rumah dan menggembirakan hati mereka keranaMu Ya Allah. Aku mesti balik dan kegembiraan kami satu keluarga adalah hak bersama.”

Setiap kali apabila saya menelefon mak abah,tak terlepas daripada mulut meminta mereka mendoakan keadaan saya di universiti supaya dipermudah untuk memahami dan menghayati apa yang diajar di sini,baik ilmu di dalam kulliah mahupun ilmu yang diperoleh diluar kulliah. Mak memberitahu saya bahawa sememangnya fitrah seorang ibu bapa itu mendoakan anak-anaknya berjaya di dunia dan akhirat.Tugas seorang pelajar memahami pelajaran dan belajar baik-baik.

Mak dan abah tidak pernah menghalang saya atau adik-beradik yang lain untuk aktif berpersatuan tetapi pesan mereka sebelum kami menerima sesuatu atau memilih untuk berpersatuan fikirkan sebaiknya sama ada kami mampu ataupun tidak. Bagi saya, peluang untuk berpersatuan adalah peluang keemasan untuk saya menimba ilmu berorganisasi dengan lebih sistematik dan sekaligus saya belajar menyusun jadual saya walaupun kadang-kadang kelelahan dalam mengurus masa akibat dek kecuaian diri sendiri. Selain itu, saya juga dapat memahami dan belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan manusia sama ada kita berkomunikasi secara verbal atau non-verbal.

Alhamdulillah cuti kali ini saya kira bermanfaat walaupun seorang adik tidak dapat balik bercuti kerana tidak lama lagi dia akan menghadapi peperiksaan.

KENAPA KITA PERLUKAN 'NIAT' SEBELUM MELAKUKAN SESUATU ?
Pada pendapat saya, niat adalah perkara pertama yang perlu kita jelas supaya diri kita bertindak sesuai dengan apa yang telah kita niatkan.

Sabda Rasulullah SAW : sesungguhnya setiap perbuatan bergantung dengan niat dan setiap perbuatan mengikut apa yang telah diniatkan…

Niat juga akan membuatkan kita fokus pada perkara yang kita ingin lakukan,walaupun perkara itu sesusah mana sekalipun insyaallah dengan niat yang baik pasti akan ada pertolongan daripada Allah.

APA SIKAP KITA SEBAGAI SEORANG ANAK ?

  1.    MENDOAKAN KEDUA IBU BAPA : Seperti yang mak saya pernah katakan bahawa fitrah seorang ibu bapa itu mendoakan anak-anak mereka.Sememangnya kita juga sebagai seorang anak mesti mendoakan kedua ibu bapa kita.


" Ya Allah ampunkan dosa-dosa ku,dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku sewaktu kecil"

 2.   MENUNAIKAN PERINTAH ATAU PERMINTAAN MEREKA SELAGI TIDAK BERLANGGAR DENGAN SYARIAT  : Sejak dari sekolah rendah lagi kita diajar adab-adab terhadap ibu bapa.Hal ini jelas menunjukkan peri pentingnya seorang anak berakhlak baik kepada ibu bapa.Salah satu adab atau akhlak yang mesti ditunaikan adalah membuat apa yang disuruh oleh mereka selagi tidak berlanggar dengan syariat dengan kata lain,apabila mereka memanggil kita untuk meminta pertolongan,kita haruslah menyegerakannya tanpa sebarang rungutan seperti Ah,Eh atau apa-apa perkataan atau perbuatan yang boleh mengguris hati mereka.

Firman Allah SWT : Maka sekali – kali janganlah kamu mengatakan kepada kedua – duanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkalah kepada mereka perkataan yang mulia. (Surah Isra’ ayat : 23)

3. KENANG JASA MEREKA : apabila saya melihat kedua orang tua saya,pasti sebak didada,saya lihat mereka sememangnya letih,tetapi itulah anugerah yang Allah berikan kepada seorang ibu dan ayah iaitu kekuatan dari segi mental dan fizikal untuk memelihara dan menjaga anak-anak mereka. Apa lagi alasan kita untuk tidak berbakti dan mengenang jasa mereka.

Firman Allah SWT : Dan Kami perintahkan kepada manusia ( berbuat baik ) kepada dua orang ibu bapanya,ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah – tambah,dan menyusukan selama dua tahun.Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada du ibu bapamuu.Hanya kepada-Kulah tempat kembalimu. ( Surah Luqman ayat : 14 )


..................................................

Ayuh! letakkan dalam jadual kita masa untuk menelefon mak dan ayah,letakkan dalam kelender kita ada tarikh untuk kita pulang bertemu dan bersama mereka.

insyaaallah peringatan untuk diri sendiri khususnya dan para pembaca amnya


[teratur urusannya - sangat menghargai masa - bermanfaat kepada orang lain]





Wednesday 3 July 2013

mujahadah ini...






Mujahadah memang perit sebab matlamat kita akhirat yang abadi

Kita kena kenal diri kita, bila kita kenal diri kita insyaallah kita akan cintakan diri kita dan tak nak biarkan diri kita merana sebab penyakit-penyakit mazmumah ni.

Kita akan terus kuat dengan bantuan Allah walaupun apa pun hasutan dari syaitan durjana.

Syaitan yang gemuk + nafsu yang tidak dididik = rebah + tersungkur 
( masuk icu.. )

“Ya Allah,aku tahu saat Kau uji aku itu tanda kasih sayangMu,itu tandanya aku tak pernah ditinggalkan..”

Sayang diri sendiri sebelum kita nak sayangkan orang lain dan nak orang lain sayang kita. Dan apa yang pasti Allah tetap sayang kita.

Mujahadah,apa khabar mutabaah amal saya? kalau dulu target untuk diri kita 3 amalan istiqomah contoh mesti baca quran sehari minimum sekali,puasa isnin khamis,solat dhuha dll..sekarang umur dah meningkat dan our brain dah develop kena letak target baru tapi benda baru yang nak istiqomah ni perlukan kesabaran. Take a breath, take our time but we must move on.. even though with the slowest movement. Jom buat sama-sama.

“Untuk mendapatkan apa yang kamu suka.. Pertama kamu hendaklah SABAR dengan apa yang kamu benci..." 
-  Imam Al-Ghazali-


BERSABAR + TINDAKAN DAN AIR MATA..



Air mata bukan beerti kita lemah,air mata bukan beerti kita tak lakukan apa-apa tapi air mata orang yang bermujahadah itu air mata beharga,air mata sebuah tekad..

Ini mujahadahku !


“Saya mestilah mencintai Allah dengan kecintaan yang menyebabkan hati saya sentiasa merindui Allah dan sentiasa bergantung kepadaNYA... 
                                                                                                                 
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) 9

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). 10
-Surah as-syams-

* makin sibuk dengan program atau apa-apa komitmen luar maknanya komitmen terhadap diri sendiri juga perlu dipertingkat,pesanan khusus untuk diri sendiri dan semua sahabat-sahabat *

tazkiyatun nafs !




contoh senarai mutabaah amal
 ambil dari google.



E/ALSP
nilai negeri sembilan
-tempat yang bernilai-

Wednesday 5 June 2013

Sebuah Al-Fatihah

Assalamualaikum,syukur kehadrat Ilahi dengan izinNya kita masih lagi bernafas dalam keadaan seorang muslim alhamdulillah,syukur atas nikmat iman dan Islam,Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad,selawat dan salam untuk junjungan mulia kekasih Allah Nabi Muhammad SAW.

........................................
kalau kita doakan seseorang, insyaallah dengan izin Allah mungkin orang itu juga akan mendoakan kita dan pasti Allah jagakan dia untuk kita.Allah akan jaga link ( hubungan kita dengan dia ). Hebatkan orang mukmin yang senjatanya doa.Allahu akbar! Subhanallah!

hari ini sudah kita doakan ibu bapa kita?Alhamdulillah saya pasti semua orang tidak lupa mendoakan iba bapanya setiap kali lepas solat " Rabbi fighli wa li walidaiya warhamhuma.." 

tapi hari ini sudahkah kita mensedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk ibu bapa kita?...kita jawab sendiri..hanya ada dua jawapan sahaja Sudah atau Belum.

Satu perkongsian,kata seorang hamba Allah yang berceramah "mensedekahkan Al-Fatihah kepada ibu bapa bukan menandakan mereka telah pergi..tapi kalau dari sekarang kita tidak latih diri kita,ringankan mulut,ikhlaskan hati untuk mensedekah Al-Fatihah atau ayat-ayat suci Al-quran kepada mereka kita yakin ke kita mampu istiqomah untuk sedekah Al-Fatihah kepada mereka setiap hari selepas mereka pergi?"

Allah..kesimpulan yang saya dapat,doakan ibu bapa kita,guru kita,anytime..,doakan agar kita mereka dan umat islam seluruhnya mendapat hidayah dan taufiqNya,selamat dan sejahtera.

pentingnya sebuah doa...


"perantara seorang hamba dengan Tuhannya ( Allah ) adalah sebuah doa yang ikhlas"
"jujurlah kamu  dalam berdoa dan menjadi hamba Allah"


.............................................................

Kita pelajar jangan pernah lupa sedekahkan Al-Fatihah untuk guru kita,mereka insan mulia yang mengajar kita ilmu yang kita dapat sekarang.

tak kiralah musim apa sekalipun,musim bunga ke luruh ke exam ke banjir ke dan macam-macam musim lagi..kata ustaz saya,cuba kita tanamkan dalam diri kita sebelum start study kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Nabi tercinta kekasih Allah Nabi Muhammad SAW,sahabat-sahabat baginda,kaum kerabat baginda,para-para wali Allah,Ibu bapa kita,keluarga kita,guru-guru kita,sahabat-sahabat kita,orang-orang yang kita sayang,orang-orang yang menyanyangi kita dan umat Islam seluruhnya.


Kalau kita tak nak berdoa kerana takut habis masa,tak cukup masa atau berbagai lagi alasan,berdoa dalam keadaan gopoh-gapah..bagaimana agaknya Allah lihat kita pada waktu itu???

 lets ask ourself..and we will get the answer.

wallahua'lam.




syukur atas segala nikmat,Jika kita hitung pasti tak terkira banyaknya.

:)  keep smiling !




note : lagi berapa hari nak menjelang final exam untuk sem ni,tapi sebenarnya setiap hari kita menghadapi exam dihadapan Allah dan sedang dicatat oleh 2 malaikat yang sangat amanah.



Tuesday 7 May 2013

Menanti sebuah masa depan

Najwa : menunggu keputusan depan tv..laptop kat sebelah...tak pernah dalam hidup saya,saya secekap ini dihadapan laptop dan tv..hehe..
iman..sengit-sengit kedah 15-15...Ya Allah aku mohon yang terbaik dariMu

Iman  : fuh laju betul awak ni,tengok bola semangat,tengok badminton apatah lagi,baguss...

Najwa : haruslah..sukan untuk kesihatan,ini untuk masa depan..hehe

Iman   : cewah boleh pantun dua kerat lagi

Najwa : ehemm..tengok niii...insyaallah2 macam kita dah ni

Iman   : ya2,saya tengok ni,sabar najwa jangan excited sangat,sediakan minda kita..pertempuran boleh menang boleh kalah

Najwa  : ok2..cool najwa cool..
..........................................

Najwa : iman kali pertama air mata saya jatuh untuk menunggu sebuah masa depan,sedih sangat ni..
kalah..

dalam linangan air mata keduanya..

Iman   : najwa jom kita ambil wudu' kita solat sunat taubat dan hajat untuk Islam

Najwa : jom..

seusai solat keduanya terus berbicara

Najwa : iman saya takut..saya takut dengan maksiat dan kelalaian saya menjadi penyebab gagalkan pertempuran hari ini

Iman : ya saya juga, najwa mungkin Allah sedang bagi jalan untuk kita perbaiki,masih banyak lompang-lompang dalam hidup ini yang belum kita topup..qiam kita,quran kita..kawan-kawan kita dan masyarakat yang belum faham,sebuah doa yang ikhlas..Allah...kami mohon ampun

Najwa  : dakwah kita , ilmu kita..mungkin saya belum bersedia sebenarnya,tapi semangat saja yang lebih..Allah

Iman  : sama-sama kita bangkit,ini penggera sahabat..loceng sudah berbunyi...biar kali ini ia menjadi semboyan untuk saya,awak dan mereka semua..insyaallah
Kita tak kalah ,cuma kemenangan belum tiba..kita tak boleh lemah..please kita sama-sama ingatkan antara satu sama lain

"wahai orang - orang yang beriman ! Mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?" [11]
"iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui [12]
.......

sehingga akhir ayat (surah saff ayat 11-14)

Najwa  : Ya iman,kita usaha bersama - sama..semoga hidayah dan taufiq Allah untuk kita dan seluruh umat manusia.

Iman  : amiin..

Najwa  : jap..jangan lupa kita ada tugas besar....untuk hadam bidang yang kita ambil ni 

Iman    : ya betul tu,saya Bahasa Arab dan Komunikasi dan awak Food Biotech.

Jom Study ! 
 ^_^

Pengajaran
1.perbaiki diri kita,pertingkat dakwah dan hikmah dalamnya = tuntut ilmu untuk masa depan kita,keluarga,agama,negara.
2.jangan terlalu yakin selagi keputusan belum tiba.
3.bersabar atas kekalahan,tanam azam baru untuk Islam.
4.saat runsing,kecewa atau apa sahaja perasaan tempat terbaik untuk mengadu pada Allah dan pengubat dan penghibur hati orang mukmin itu kalamullah.
5.jangan pernah serik untuk melakukan kerja Islam.




Thursday 18 April 2013

Bunga

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,selawat dan salam untuk Baginda tercinta kekasih Allah Nabi Muhammad SAW



semoga nasihat itu memberi cahaya,semoga nasihat itu terselit seribu manfaat diakhirnya

Dunia dan pentas lakonan..pelakonnya kita..akan diperlihat diakhirat nanti

Ya Allah semoga apa yang kami lakukan dibimbing olehMu Rabbi
..........

najwa : senang je..kalau kau yakin setiap apa yang kau buat..kau boleh jawab depan Allah,ikut apa yang telah dipandu dan diajar olehNya..just go ahead
syuhada: gulp...dalam hati terus berbicara..Ya Allah aku nak jawab apa depan Engkau Ya Rabb..boleh ke aku nak jawab?
thanks najwa atas nasihat kau..hah..nasihatmu menusuk jantungku
..........

bumi dan sekitarnya terus mewangi dengan insan-insan solehah dan yang mendamba solehah dengan gigih berusaha keranaNya
Bunga-bunga indah yang terus menitiskan air mata lantaran dek takut dirinya menjadi fitnah sang kumbang
Bunga-bunga berjalan dibumi tuhan dengan langkah tegas dan kelembutan
bukan lemah dalam kelalaian

Syaitan terus menangis lantaran tiada ruang untuknya 
Syaitan terus berusaha untuk mengganggu setiap hidupnya
Ah..sungguh payah insan-insan ini..dibibirnya tidak lekang zikrullah
hatinya tidak pernah leka dari zikrullah
langkahnya terus bertapak kerana Allah

Syaitan mengatur strategi baru untuk merosaknya
oh..insan-insan ini faham dan mengatur strategi juga
Jiwa dan hati yang terikat denganNya pasti juga dijaga rapi olehNya
keyakinan pada Allah itu mengatasi segalanya

Bunga-bunga ini bukan insan yang sibuk 
dengan buaian perasaan cinta yang melalaikan dan angan - angan kosong yang merugikan 
Insan-insan ini bunga yang sedang dan terus berkembang
penuh azam,dengan jiwa dan semangat ketelusan demi mendamba redha Tuhan
iaitu Rabbul Izzati
cinta Muhammad SAW tidak bertepi
cinta Rabbi tiada sesuatu dapat mengatasi.

semoga kita semua mendapat belas kasihan Allah dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya dan istiqomah. 

-nilai n9-


Wednesday 10 April 2013

Aku Pelajar Sekolah Agama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,Selawat dan salam untuk junjungan besar kekasih Allah Nabi Muhammad SAW,dengan perjuangan baginda dapat kita mengecapi dua nikmat terbesar hari ini nikmat iman dan Islam.
....................................................................

pernah tak waktu sekolah rendah dulu-dulu main cop-cop tiang..main kejar-kejar..??tu la rutin waktu sekolah rendah dulu,main dengan kawan-kawan..waktu sukan je semua suka sebab nak pergi main dekat padang

zaman kecik-kecik memang zaman suka sangat main..betul..?

UPSR
no..u do not have much time to play..waktu ni memang target nak 5A UPSR,apa yang pasti setiap kali kakak balik rumah mesti dia cerita betapa bestnye masuk SBPI..apa lagi..saya budak yang setahun jagung ni bercita - cita nak masuk SPBI..tapi syarat nak masuk sana result mesti 5A,usaha..doa..usaha..doa..main..usaha.. then tiba hari exam..berdebar memang tak tergambar..

few months later..result keluar..haa..waktu ni saya di johor jalan-jalan,jadi mak yang ambilkan result..tak senang duduk tunggu berapa la aku dapat..nak ikut jejak kakak ni

bila balik rumah..alhamdulillah seronok sangat..tiba- tiba satu malam abah panggil makan dengan dia..senang hati pergi je la..tiba-tiba

anak-anak abah setakat ni tak ade lagi yang masuk sekolah agama..
abah nak sangat ada yang sekolah agama,ngah awak dah masuk SBPI..
jadi abah harap awak boleh masuk sekolah agama..

erm waktu ni zaman kanak-kanak lagi..saya pun cakap la saya nak masuk sekolah macam ngah..

then abah respon dengan bersahaja
abah harap awak masuk khairiah

haa..harapan anganku musnah..

saya pun diam,masuk bilik pergi nangis dekat kakak

saya nak ikut awak,abah suruh masuk khairiah..kan dah dapat 5A( waktu ni tak matang lagi)

kakak dengan tenang menenangkan saya
xpe ikut cakap abah mak,mesti best sekolah agama,ngah dah sekolah SPBI..mana-mana sekolah mesti ada best n xbestnye

akhirnya saya ikut cakap abah,dalam tak nak2 sekolah agama saya pun study,mak bagi buku dan ingatkan suruh ulangkaji..dua tiga buah juga..nak examlah katakan (untuk pengetahuan semua kalau nak masuk sekolah agama kena ambil exam kalau lulus baru boleh masuk jadi pelajar sekolah agama)

beberapa bulan..surat sampai..ingatkan dukacita..rupanya sukacita memaklumkan anda diterima..

waktu ni tak nangis dah..tapi tertanya-tanya kenapa aku dapat..kan aku tak nak

pasrah..beli barang..daftar..masuk asrama

first week..homesick..hari pertama telefon mak..nagis nak balik,mak lembut tenangkan saya,hari kedua call lagi..nagis nak balik dan mak pun tenangkan saya..hari ketiga call lagi..nangis nak balik..erm waktu ni mak dengan nada sedikit marah..mak kata awak dah besar,kena berdikari,bagus masuk sekolah agama tu,belajar baik2 kat sana..

hari seterusnya..tak telefon dah takut kena marah..saya pun jalani hidup sebagai pelajar sekolah agama dan belajar bersungguh-sungguh,sebab takkan kita nak gagal dengan sebab2 yang remeh..

beberapa minggu sebelum exam,saya study..hafal subjek-subjek yang perlu dihafal,masa tu saya belum sedar yang saya sebenarnya semakin suka dengan sekolah agama
tiba hari exam..saya jawab dengan sungguh-sungguh..curahkan apa yang telah saya belajar dan hafal..

sampai hari ambil result
biasanya result mid - term ibu bapa akan ambil..saya terkejut saya dapat no 7 dalam kelas dan no 14 dalam tingkatan..(xde la no 1)..abah yang ambil result,tapi saya macam tertanya - tanya diri saya betul ke aku tak suka sekolah agama..yes finally i got the answer..aku sedang suka apa yang aku tak suka..
dalam kereta on the way nak balik rumah..abah diam je..saya diam juga..
sampai separuh jalan akhirnya terluah juga

abah..terima kasih hantar saya sekolah agama..dalam keadaan linangan air mata

abah tak jawab apa-apa tapi abah juga turut menangis..

selepas detik ini saya sangat gembira belajar di sekolah agama dan subjek-subjeknya :)
...........................................................................................................................

saat itu aku semakin dewasa disekolah agama..begitu banyak peralihan yang aku alami,aku sangat bersyukur kerana Allah sedang memberi kasih sayangNya kepada insan yang sedang menagih sayangNya

percayalah fitrah kita memang inginkan kebaikan,kadang-kadang kita yang terlalu ikutkan diri tanpa berfikir dengan matang..

ini cerita dulu..dan inilah cerita yang saya kongsi masa english discussion with madam baru-baru ni yang tajuknya experience ( walaupun terbelit lidah nak cakap bi ).

terlalu banyak hikmah yang diperoleh..saat ini cukuplah kalam Rabbi menjadi pengajaran dan penguat semangat


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, kami beriman, sedangkan mereka tidak di uji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,...."
(Surah Ankabut ayat 2-3)

"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah al-Baqarah ayat 286)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.."
(Surah al-Baqarah ayat 216)

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"
(Surah al-Imran ayat 139)

"..... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"
(Surah Yusuf ayat 12)

"Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram,"
(Surah Ar-Ra'd ayat 28)
matang dengan badan dakwah khairiah


belajar menjadi hamba Allah ^_^

*siapa yang baru nak masuk sekolah agama..masuklah,anda  tak rugi apa-apa
*jangan pernah menyesal kerana anda pelajar sekolah agama..
*mana-mana sekolah yang anda masuk..syarat berjaya usaha,doa,tawakal
jangan salahkan sekolah jika anda gagal,jangan salahkan guru jika anda gagal..belajarlah dimana-mana..jika anda usaha pasti berjaya..jangan kita sibuk tanya bila nak berjaya..tapi tanya diri kita setakat mana usaha,doa dan tawakal kita untuk berjaya .

kejayaan itu ada dua
kejayaan dunia dan akhirat.
saya sayang sekolah agama ^_^

pru dah dekat..saya pilih mengundi..(bila dah cukup umur nanti :) )

Friday 22 February 2013

SEM BARU


SEM BARU,CERITA BARU TETAPI MATLAMAT YANG SAMA INSYAALLAH
Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memberi segala nikmat,dan menghadiahkan ujian sebagai tanda kasih sayang Pencipta kepada seorang hamba,semoga kita semua dalam limpah rahmat dan perhatian Allah.selawat dan salam untuk junjungan mulia kekasih Allah Nabi Muhammad SAW.

Sudah seminggu melalui sem baru,pasti kita juga ada target dan usaha yang baru

Apa yang kita selalu kena ingat bahawa
“Kita merancang sesuatu,Allah juga merancang sesuatu untuk kita,dan setiap perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita.Kita merancang hala tuju dengan cita-cita tetapi Allah merancang dan memberi kita sesuatu dengan cintaNya”Begitulah hebatnya kuasa cinta Pencipta iaitu Allah terhadap hambaNya iaitu kita.

APA YANG KITA PERLU BUAT UNTUK SESUATU YANG BARU ( SEM BARU )

1.TAJDID NIAT ( perbaharui niat )
Semua amalan kita berkait dengan niat..bangga dan bahagiakah kita andai kita buat sesuatu kerana manusia?huh..pasti merana hidup jika kita lakukan sesuatu perkara kerana manusia,kata senior waktu sekolah dulu jaga niat sebelum,semasa dan selepas,ya bila saya lihat semula kita memang kena tanya diri kita selalu..aku buat ni sebab apa,kerana apa,untuk apa? kita selalu leka dalam melayari perjalanan hidup ini,Allahu rabbi..rugi dan malulah kita menyusuri hidup sebagai seorang hamba dengan kesombongan. 

Sabda nabi SAW : setiap amalan bermula dengan niat,dan setiap sesuatu mengikut apa yang telah diniatkan…

Kata hukama’ : siapa berusaha dia berjaya,siapa menanam dia mendapat hasil

2.AMBIL IKTIBAR DARI SEM LEPAS

Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kelebihan.dan sifat manusia itu fitrahnya inginkan kebaikan,jadi pasti ramai antara kita yang mahu menjadi lebih baik di sem ini,mungkin dulu kita..
*lambat hantar assignment
*bertangguh
*ulangkaji last minit
*mcm2 lagi

Pasti sem ini kita mahukan perubahan..siapa yang sedang berubah..YES..kite geng :)

3.FOKUS
Nak suruh fokus ape ni???fokus kat sini lebih kepada ambil berat..ambil berat semua perkara
ILMU duniawi dan ukhrawi…
Ilmu ini semuanya milik Allah,amat kerdil diri kita mendapat pinjaman nikmat ilmu daripada Allah,kadang-kadang kita lupa untuk bersyukur atas nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada kita
Jom sama-sama kita fokus di dalam kelas insyaallah dalam masa yang sama menyempurnakan ibadah2 lain.Sesungguhnya Allah meninggikan darjat orang-orang yang berilmu.
Ustaz dan ustazah selalu pesan : jangan lupa doa supaya kita mendapat ilmu yang bermanfaat,kerana semua orang boleh menuntut ilmu tetapi bukan semua orang mendapat ilmu yang bermanfaat.

4.MENGHADAPI UJIAN..
“ apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan , “ Kami telah beriman” dan mereka tidak diuji? ”
“ Dan sungguh,Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan mengetahui orang – orang yang dusta ”
( Surah al ankabut ayat 2-3 )

Selalu bila cerita bab ujian..mesti orang akan ingat air mata..sebenarnya semua perjalanan hidup kita ini adalah ujian dari Allah..Suka,Duka  atau mungkin ini situasinya :
1.susah nak faham cikgu ajar
2.faktor sekeliling
3.pindah kelas untuk sem baru
4.dan lain2 situasi 
5.dapat pointer tinggi

Apa tindakan pertama kita untuk mengharungi ujian adalah ‘bersangka baik dengan Allah + kawal emosi + fikir untuk menyelesaikan masalah atau menghadapi ujian’

Teringat pesan seorang ustaz semasa belajar dikulliah dulu :janganlah kita pinta pada Allah untuk kurangkan ujian kepada kita tetapi mohonlah kepada Allah agar Allah kuatkan bahu kita untuk memikul ujian yang diberi.
ust juga kata bila hadapi ujian berdoalah pada Allah : Ya Allah aku redha andai ini ujian untuk meningkatkan ketakwaanku kepadaMu

Firman Allah : Allah tidak akan membebani seseorang melainkan mengikut kesanggupannya..
Surah al baqarah ayat 286.
………………………………………………………………………………………………

-Aku seorang pelajar,dalam kehausan menagih ilmuMu Rabbi demi RedhaMu Rabbi-
Allahua'lam.

saya akhiri entri kali ini dengan 3 gambar biasa yang mempunyai maksud luar biasa






Mohon maaf atas segala kesilapan dalam penulisan,segala yang baik daripada Allah,dan yang buruk dari kelemahan  diri yang serba kekurangan. 

Saturday 26 January 2013

ALSP

Assalamualaikum wtb,selawat dan salam untuk baginda tercinta kekasih Allah Nabi Muhammad SAW,semoga kita semua dalam limpahan rahmat dan pengampunan Allah


setiap orang yang kita kenali atau ketemu pasti ada hikmah yang Allah mahu berikan
.:belajar untuk mengambil iktibar daripada makhluk bernama insan:.


ALSP

alhamdulillah saya gembira dan bersyukur..tolak tambah..seminggu berALSP banyak lagi kelemahan yang perlu dibaiki terutama dalam mata pelajaran yang sangat saya cinta ini,rakan-rakan dalam kumpulan saya hebat-hebat semuanya subhanallah rasa kerdil diri berada di dalam kumpulan ini,belajar untuk lebih mengambil iktibar dari sahabat2 dalam kumpulan ALSP,alhamdulillah kelas ALSP kami ahlinya masih dari pelajar fakulti yang sama,ada sahabat2 saya BBA2 yang bercampur rakan kelas ALSP mereka dengan fakulti lain..insyaallah saya pasti mereka juga mendapat sesuatu di kelas ALSP mereka

kadang - kadang kita rasa kita belajar di dalam kelas hanya untuk menuntut ilmu didalam buku sahaja,bagi saya apabila kita di kelas sebenarnya banyak benda yang kita belajar...dan mungkin ini yang kita dapat

1.ilmu yang diajar seperti dibuku
2.cara menghormati orang lain
3.lebih bertolak ansur
4.tulus dalam bersahabat
5.cara komunikasi
6.keberanian
7.dan macam-macam lagi...

belajar untuk berfikir lebih matang,ilmu sangat penting,jangan nanti kita hanya mampu katakan tidak atau ya kepada sesuatu tanpa ilmu yang sahih... 

first thing first..
dalam hidup ini kalau nak sesuatu,kita mesti bersedia untuk menjadi manusia yang berlapang dada,sama juga kita menuntut ilmu..sebelum kita terima sesuatu ilmu itu,pastikan kita berlapang dada dengan para pemberi ilmu,berlapang dadalah dengan guru kita dahulu,doalah banyak-banyak pada Allah agar Allah jaga hati ini supaya tidak membenci guru kita walau siapa pun beliau,andai kita membencinya bagaimana ilmu itu akan sampai kepada kita?sudah pasti sifat2 kotor ini menghalang kita ada link yang baik dengan guru kita,sama2 kita jaga..

ustazah ALSP saya nama beliau ustazah syakirah,ha..a'jabani..bila beliau kata beliau dah nak grad master tinggal sikit lagi tesis ustazah,tajuk tesis ustazah penggunaan feil amar..umur ustazah 25 tahun,dah kahwin dan sedang mengandung,kuat semangat...dan pesanan beliau bila berdoa..mohon pada Allah supaya Allah mudahkan urusan kita,keluarga kita,sahabat,guru2 untuk hari ini,jangan malas untuk belajar,jangan nanti kita menyesal dengan masa yang kita bazirkan kerana kita selalu mencipta alasan

sekadar itu dulu perkongsian untuk kali ini
masih berbaki lagi seminggu untuk kami berELSP pula,
semoga semuanya berjalan lancar..
kawan-kawan jom set minda kita,jangan kita mengeluh kerana habis cuti sem kita dengan progam ALSP dan ELSP,selalu reset minda..andai kita positif insyaallah najitahnya juga positif,tak apalah kali ini saja lain kali tak ada dah,apa yang kita perlu ingat pemikiran kita mempengaruhi tindakan dan natijah sesuatu perkara..oleh itu jom jadi insan@hamba Allah selamanya yang positif

.: masih belajar untuk menjadi seorang remaja @ hamba Allah selamanya kerana hidup itu adalah satu pelajaran :.
kalau nak tahu..best atau x kita belajar dan menjadi pelajar?cuba tanya  diri kita..
selamat mencuba :)

....................................................................................
saya akhiri entri kali ini dengan kalam murabbi : ust tuan ibrahim..pesan beliau jangan lupa senyum :)
tulisan beliau pasti menyentuh hati ini
senyum dalam titisan mutiara


nota kaki
*ALSP : arabic language support programme
*ELSP : english language support programme
*mood : rindu sahabat- sahabat kelas BBA2