Pages

Wednesday 28 March 2012

kekuatan milik Allah



aku
langkah dan terus melangkah
tanpa sedar aku rebah 
lalu...aku bangkit semula untuk menyembah
saat dada dihimpit sesak hela nafas semakin lambat
pertolongan Ilahi datang menyapa
mengingatkan aku berjuang itu perlu kekuatan
kekuatan yang Allah pinjamkan
supaya aku menjadi hambaNya di bumi sementara ini
untuk menghadapi ujian...untuk membina kekuatan
masih banyak ilmu perlu digali
bagaimana hidup yang memahukan sesuatu tanpa kesalahan
hakikatnya manusia itu memang ada dosanya
redhalah...dan belajar dari kesilapan
jangan mengalah moga segalanya diberi hikmah dan pengajaran olehNya


Bersangka baiklah dengan apa yang berlaku,yakinlah hikmah yang akan Allah hadiahkan..perbaiki diri,pertahankan istiqomah dan mujahadah...

Friday 16 March 2012

blog???

assalamualaikum..
semoga semua yang sedang membaca terus dalam limpah taufik dan hidayah Allah

puas memerah otak apabila ada seorang akak mencadangkan untuk membuat blog...
berfikir untuk aku menambah satu lagi tugasku...
fuhhh..rasa lebih suka membaca daripada menulis

setelah sebulan berfikir akhirnya..
terbuka juga hatiku 

mesej dihantar
salam,akak mcm mana nak buat blog?

mesej dibalas
alhamdulillah terbuka pun hati kamu nak buat blog.em cadangan akak diterima pun,em buka kat google tulis sign up blog

moga kita diberkati olehNya,sesungguhnya apabila kita bertekad untuk melakukan sesuatu sudah pasti kita akan diuji.Jangan ditanya bagaimana ujiannya tetapi terima dan berfikirlah..
moga Allah kuatkan hati insan kerdil ini untuk terus melakukan apa-apa sahaja untuk agama Allah tercinta