Assalamualaikum semua,semoga kita memperoleh limpah rahmat dan belas kasihan Allah,selawat dan salam untuk junjungan mulia kekasih Allah Nabi Muhammad SAW
Berkat menuntut ilmu..
Kalau dulu waktu di sekolah menengah dan menengah tinggi,ramai antara kita yang sangat menjaga keberkatan dalam menuntut ilmu,cuba untuk memahami cara guru mengajar...apa yang mereka suka,apa yang mereka tak suka..
persoalannya bagaimana kita di universiti..lecturers also our teachers
saya mengingatkan diri saya terutamanya
apa yang saya sedar hidup di universiti memang perlu kuat
jihad perlu lebih mantap..the effort !!!
masa di sekolah menengah atau menengah tinggi kita lebih mudah untuk menjaga keberkatan sesuatu itu kerana kita memang sudah terikat dengan peraturan dan jadual harian yang rigid
contoh :
1.tak boleh bawa telefon bimbit
2.tak boleh bawa laptop
3.pergi solat berjemaah di surau
4.ada waktu study yang tetap
5.mudah bertemu guru di bilik guru
6.ramai-ramai baca doa sebelum mula kelas
dan lain-lain..
ini situasi di universiti :
1.bawa telefon bimbit
2.bawa laptop
3.bawa segala macam mp3,mp4..
4.tak ada orang hirau kalau tak solat jemaah
5.kena cari waktu study yang tak bertembung dengan jadual kelas
6.agak sukar bertemu lecturer jika bukan waktu kelas
7.dah tak baca doa belajar ramai-ramai
di medan universiti inilah Allah sedang menguji kita sama ada perkara - perkara yang kita buat di rumah,di sekolah menengah dan menengah tinggi itu betul-betul dilaksanakan dan istiqomah atau hanya kerana ia terikat dengan peraturan
guru saya kata : kita mestilah beribadah kepada Allah dengan ibadah yang sebetul-betulnya walau dalam apa jua situasi dan keadaan susah mahupun senang
contoh 1 : ibadah kita ketika kita sikit atau tiada assigment : solat tepat waktu.baca quran,dan lakukan perkara2 lain yang sangat bermanfaat tetapi bila kita bertimbun (banyak) dengan assigment kita solat akhir waktu,adab dengan ilmu sudah tidak dijaga,seharian tak baca quran dan banyak lagi.
contoh 2 : ketika kita sakit atau ditimpa musibah kita selalu berdoa dan menangis kepadaNya tetapi bila kita senang setitik air mata keranaNya pun susah untuk dititiskan
menuntut ilmu itu satu ibadah dan jihad..
kakak saya berpesan : walau apa pun yang terjadi,ketika dalam kelas kita mesti bagi hak kepada guru kita
kakak saya bagi contoh..
contoh 1 : ada homework atau assigment yang tak siap untuk kelas seterusnya,walau apa pun yang terjadi jangan kita khianati guru kita dengan kita menyiapkan homework guru lain semasa beliau mengajar
contoh 2 : ada sms masuk,tengok telefon dan berbalas mesej ketika kelas dan ketika guru sedang mengajar,ini juga salah satu jalan keberkatan ilmu itu tercalar
contoh 3 : kita mengantuk dan terus tidur ketika dalam lecture tanpa usaha untuk hilangkan mengantuk,ini juga faktor keberkatan ilmu tergugat kerana kebanyakkan guru memang tak suka pelajarnya tidur dalam kelas
ini hanyalah contoh yang diberi,dan contoh ini sangat berguna untuk saya,dan in shaa Allah kepada sesiapa yang merasakan ia berguna
menuntut ilmu memang susah,jagalah adab kita dengan apa sahaja... manusia,binatang,tumbuhan,ilmu dan lain-lain..
Imam Syafie berpesan : Barangsiapa yang tidak mampu menanggung sedikit derita dalam mencari ilmu,maka dia akan menyesal sepanjang masa
Allahumma yassir umurona...
mari kita usaha semampunya untuk jaga keberkatan itu,kerana ia tidak nampaklah kita perlu jaga..sama-sama kita usaha kepada saya yang utamanya.
Yang baik itu datang dari Allah,yang lemah itu sememangnya dari diri yang hina ini,mohon maaf jika ada kesalahan yang saya sedar atau pun tidak dan juga mohon maaf jika ada kesalahan dalam penulisan.Doakan saya dan rakan-rakan yang semakin hampir dengan final exam dan garisan penamat sem 1.
No comments:
Post a Comment