Pages

Sunday, 22 June 2014

Subhanallah..Tahniah

Assalamualaikum semua,semoga terus mendapat rahmat dan belas kasihan Allah dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya,semoga kita terus diberi kekuatan untuk menjauhi laranganNya,selawat dan salam buat junjungan mulia kekasih Allah nabi Muhammad SAW kerana susah payah baginda, hari ini Islam sampai kepada kita.




Al- Quran

Subhanallah dapat tahu hari ini Malaysia merangkul semua kategori Hafazan dan Tilawah al-Quran.
Subhanallah orang Malaysia bukan calang - calang orang,pencinta Al – Quran menang..

Keputusan kategori hafazan Al – Quran Peringkat Antarabangsa 1435H/2014, johan muslimin dan muslimatnya dari Malaysia,subhanallah..

Johan Muslimin : Mohd Ersyad Abdullah
Johan bagi Muslimat : Norhafizah binti Mohd Shafie
Tahniah kerana terpilih.tahniah juga untuk Qari Ustaz Tarmizi dan Puan Hanimzah
................

Rasa terpanggil untuk menulis kembali blog ini,teringat matlamat utama kenapa saya isi semua pilihan jurusan  UPU saya jurusan bahasa arab untuk semua universiti. Niat saya ingin mendalami bahasa arab dan mendalami Al-Quran..subhanallah saya kagum begitu cantik Allah susun ayat-ayat dalam Al-Quran,sejak hari itu, nekadnya saya untuk berada di jurusan ini. Kita buat perancangan Allah juga punya perancanganNya.Cantik perancangan Allah !

Kisah sahabat seorang hafizah..

Katanya setiap hari dia perlu mengulang hafazan sekurang – kurang satu juzu’ .. subhanallah ukhti hebat ! Akhlaknya seiiring dengan hafalannya, cantik ! Dalam solat fardhu diulang bacaannya , dalam solat sunat diulang bacaannya..Allahu akbar malu saya mendengar ceritanya,malu kerana kadang-kadang saya hanya mampu membaca Al – Quran beberapa muka sahaja setiap hari.

Harapan saya semoga saya dapat mengikut jejak langkahnya,umur dah meningkat,lambat pun tak mengapa..semua yang membaca tulisan ini mohon doanya.

Jaga Quran baik-baik,yang tak menghafal al – quran pun kena jaga dan amalkan isi kandungan al-quran.

Al – Quran ini ubat..sebab itu antara cara nak ubat hati perlu baca Al – Quran serta maknanya. Banyak  cerita di dalamnya belum diketahui dan dikaji.

Saranan saya kalau ditempat anda semua ada kulliah tafsir pergilah menimba ilmu,insyaallah tidak merugikan.Saranan ini semestinya untuk saya yang menulis ini. Bila cerita bab ke kulliah,para wanita muslimah pergilah timba ilmu,ya kita bersama..cari rakan untuk pergi..di rumah pergilah bersama kakak,adik,ayah,ibu..siapa sahaja mahram kita. Jangan berikan banyak alasan. Andai kita bersungguh insyaallah Allah mudahkan.

Para lelaki muslimin jangan berikan banyak alasan juga,sesungguhnya kadang – kadang saya cemburu melihat mereka lebih mudah ke majlis - majlis ilmu kerana sifatnya memang mereka  tidak perlu mahram untuk keluar, ini peluang untuk mereka,jelajahlah ke mana sahaja yang kamu suka untuk cari permata ilmu. Jangan sia –siakannya, kerana sifat peluang ini jarang datang dua kali.

Doa saya semoga kita semua memperoleh hidayah Allah.Amiin.






saya masih ada exam isnin ini - subjek perkamusan arab ,doakan saya :)

Tuesday, 21 January 2014

Kalau dia minta nasihat,maka berikanlah..

Hari ni sahabat saya nak buat kad hari lahir..dia ajak saya sumbang idea sekali untuk buat kad,ermm saya hanya berniat nak teman dia buat je..
Sorryyyy..I’m not a creative person..  :(

Dia dah penat tengok saya duduk tengok je apa yang dia tengah buat,akhirnya..

Sakinah pergi la balik, jangan buang masa awok tengok kome buat benda ni..Kalau awok balik awok boleh buat banyak benda daripada awok tengok kome buat kad ni..Awok tuliskan ayat - ayat ni nak..

tak nak,tak pandai..
ermm hari ni kome nak teman awok buat kad je sebab tu kome tak bawak kerja - kerja kome sekali, tolong sikit - sikit boleh la hehe..

Saya hanya diamkan diri..tengok saja apa yang dia lakukan, dia memang kreatif..sesekali tolong juga dia gamkan kertas-kertas yang dia sedang buat..saya tak nak tolong sangat sebab saya takut nanti kad tu jadi tak cantik 
Kesian orang – orang kreatif yang kawan dengan saya..
Tapi saya suka kawan dengan orang - orang kreatif ni :)
Memang osem sahabat saya yang sorang ni

.....................................................................

Menjadi seorang kawan,teman atau sahabat..

Bagi saya menjadi seorang sahabat itu bukan sekadar bergembira ketika gembira dan bersedih ketika sedih..menjadi sahabat itu memerlukan kesabaran yang tinggi sehingga kau mampu memegang title seorang sahabat..

Akak apa hak sahabat yang patut kita segerakan..
Akak itu berdiam dan kembali bersuara..apabila dia minta nasihat daripada awak,maka berilah nasihat padanya..apa – apa sahaja..
Saya hanya diam membatu,bermonolog sendirian..
Haaa..Dah la tak pandai nak nasihat orang, macam mana nak bagi..

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

“Hak Muslim ke atas Muslim ada enam.”
Bertanya para sahabat:  “Apakah ia wahai Rasulullah?”
Bersabda Baginda:  “Apabila berjumpa, maka ucapkanlah salam; Apabila dijemput, maka datanglah; Apabila diminta nasihat, maka berilah dia nasihat; Apabila bersin lalu dia mengucapkan ‘alhamdulillah’, maka doakanlah untuknya; Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia; Apabila dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya.”
(Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah)
……………………………………………………………..
Suatu hari…

Saya : Tolong bagi nasihat dekat kome sikit..rasa tak kuat ni

Sahabat : Sakinah..kome ni hanya pandai membebel je..nak bagi nasihat tak pandai..

Apa yang keluar dari mulut saya..Membebellah,nak dengar ni..

Sambil dia kemas buku - bukunya..
Sahabat : Kita kena kuat, Allah dah tentukan setiap apa yang berlaku…tak boleh macam ni,kita nak berjuang kan… dot..dot..dot..

Huh..air mata dah bertakung diempangan..tinggal nak pecah

Sahabat : Janganlah nangis, kome membebel saje ni

Tiba – tiba telefon berbunyi,tertera di skrin "Makku Sayang"
Ya Allah macam mana nak angkat fon dalam keadaan suara macam ni..telinga seorang ibu kalau dia dengar suara anak dia lain sikit dia pasti dapat detect sama ada anaknya sakit ke nagis ke..nanti mak risau dengar suara macam ni..
Alamak..kena betulkan suara jap..

Alhamdulillah berjaya bercakap dengan mak tanpa ada perkara-perkara yang merunsingkan mak, mak tanya khabar dan banyak lagi yang kami borakkan..uhh..empangan air mata kembali stabil..
Selepas letak telefon..gelak sahabat saya melihat saya bercakap dengan emak

Alamak tak jadi kome nak nangis..mak kome telefon

Sahabat hanya gelakkan saya..last2 sebelum balik dia hulurkan sehelai kertas kepada saya

Nah ni kome bagi awok..
yang tertulis padanya perkataan  ISTIQOMAH…
………………………………………………………......

Menjadi seorang sahabat, tak perlu untuk kita menyusun ayat umpama orang yang berbunga cinta,tak perlu juga kita mengungkapkan ayat umpama ingin diinterview..sudah cukup untuk seorang sahabat itu memberi apa yang sahabatnya perlukan iaitu nasihat disaat dia memerlukan.

Menjadi seorang sahabat tak perlu memberi pujian dalam dusta,bukan juga ciri sahabat andai tidak mahu menasihati kerana takut-takut sahabatnya terasa hati..

Jika benar ikhlas..teguran,komentar,atau marah seorang sahabat adalah untuk melihat kita lebih baik daripada sebelumnya.


Ayuh pimpin tangan bersama dengan teguran yang membina yang mana menyelamatkan aku dan kamu daripada panasnya api neraka.



nota kaki : maksud
awok - awak
kome - saya

Thursday, 17 October 2013

Masa,Aku dan Mak Abah






Kawan-kawan sibuk bertanya sama ada saya balik atau tidak raya haji kali ini,kata saya pada mereka,setakat dalam perancangan saya insyaallah muktamad saya balik,kalau ada apa-apa program atau event nanti saya pertimbangkan,saya balik kampung sebab saya ada tanggungjawab sebagai seorang anak kepada kedua orang tua saya.

Sejak dari mula daftar semester baru,saya belum lagi pulang ke kampung kerana kekangan-kekangan masa sebagai mahasiswa yang tidak dapat saya elak,dan pagi sabtu itu kaki ini terus melangkah dengan niat “Aku balik nak bantu mak abah di rumah dan menggembirakan hati mereka keranaMu Ya Allah. Aku mesti balik dan kegembiraan kami satu keluarga adalah hak bersama.”

Setiap kali apabila saya menelefon mak abah,tak terlepas daripada mulut meminta mereka mendoakan keadaan saya di universiti supaya dipermudah untuk memahami dan menghayati apa yang diajar di sini,baik ilmu di dalam kulliah mahupun ilmu yang diperoleh diluar kulliah. Mak memberitahu saya bahawa sememangnya fitrah seorang ibu bapa itu mendoakan anak-anaknya berjaya di dunia dan akhirat.Tugas seorang pelajar memahami pelajaran dan belajar baik-baik.

Mak dan abah tidak pernah menghalang saya atau adik-beradik yang lain untuk aktif berpersatuan tetapi pesan mereka sebelum kami menerima sesuatu atau memilih untuk berpersatuan fikirkan sebaiknya sama ada kami mampu ataupun tidak. Bagi saya, peluang untuk berpersatuan adalah peluang keemasan untuk saya menimba ilmu berorganisasi dengan lebih sistematik dan sekaligus saya belajar menyusun jadual saya walaupun kadang-kadang kelelahan dalam mengurus masa akibat dek kecuaian diri sendiri. Selain itu, saya juga dapat memahami dan belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan manusia sama ada kita berkomunikasi secara verbal atau non-verbal.

Alhamdulillah cuti kali ini saya kira bermanfaat walaupun seorang adik tidak dapat balik bercuti kerana tidak lama lagi dia akan menghadapi peperiksaan.

KENAPA KITA PERLUKAN 'NIAT' SEBELUM MELAKUKAN SESUATU ?
Pada pendapat saya, niat adalah perkara pertama yang perlu kita jelas supaya diri kita bertindak sesuai dengan apa yang telah kita niatkan.

Sabda Rasulullah SAW : sesungguhnya setiap perbuatan bergantung dengan niat dan setiap perbuatan mengikut apa yang telah diniatkan…

Niat juga akan membuatkan kita fokus pada perkara yang kita ingin lakukan,walaupun perkara itu sesusah mana sekalipun insyaallah dengan niat yang baik pasti akan ada pertolongan daripada Allah.

APA SIKAP KITA SEBAGAI SEORANG ANAK ?

  1.    MENDOAKAN KEDUA IBU BAPA : Seperti yang mak saya pernah katakan bahawa fitrah seorang ibu bapa itu mendoakan anak-anak mereka.Sememangnya kita juga sebagai seorang anak mesti mendoakan kedua ibu bapa kita.


" Ya Allah ampunkan dosa-dosa ku,dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku sewaktu kecil"

 2.   MENUNAIKAN PERINTAH ATAU PERMINTAAN MEREKA SELAGI TIDAK BERLANGGAR DENGAN SYARIAT  : Sejak dari sekolah rendah lagi kita diajar adab-adab terhadap ibu bapa.Hal ini jelas menunjukkan peri pentingnya seorang anak berakhlak baik kepada ibu bapa.Salah satu adab atau akhlak yang mesti ditunaikan adalah membuat apa yang disuruh oleh mereka selagi tidak berlanggar dengan syariat dengan kata lain,apabila mereka memanggil kita untuk meminta pertolongan,kita haruslah menyegerakannya tanpa sebarang rungutan seperti Ah,Eh atau apa-apa perkataan atau perbuatan yang boleh mengguris hati mereka.

Firman Allah SWT : Maka sekali – kali janganlah kamu mengatakan kepada kedua – duanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkalah kepada mereka perkataan yang mulia. (Surah Isra’ ayat : 23)

3. KENANG JASA MEREKA : apabila saya melihat kedua orang tua saya,pasti sebak didada,saya lihat mereka sememangnya letih,tetapi itulah anugerah yang Allah berikan kepada seorang ibu dan ayah iaitu kekuatan dari segi mental dan fizikal untuk memelihara dan menjaga anak-anak mereka. Apa lagi alasan kita untuk tidak berbakti dan mengenang jasa mereka.

Firman Allah SWT : Dan Kami perintahkan kepada manusia ( berbuat baik ) kepada dua orang ibu bapanya,ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah – tambah,dan menyusukan selama dua tahun.Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada du ibu bapamuu.Hanya kepada-Kulah tempat kembalimu. ( Surah Luqman ayat : 14 )


..................................................

Ayuh! letakkan dalam jadual kita masa untuk menelefon mak dan ayah,letakkan dalam kelender kita ada tarikh untuk kita pulang bertemu dan bersama mereka.

insyaaallah peringatan untuk diri sendiri khususnya dan para pembaca amnya


[teratur urusannya - sangat menghargai masa - bermanfaat kepada orang lain]





Wednesday, 3 July 2013

mujahadah ini...






Mujahadah memang perit sebab matlamat kita akhirat yang abadi

Kita kena kenal diri kita, bila kita kenal diri kita insyaallah kita akan cintakan diri kita dan tak nak biarkan diri kita merana sebab penyakit-penyakit mazmumah ni.

Kita akan terus kuat dengan bantuan Allah walaupun apa pun hasutan dari syaitan durjana.

Syaitan yang gemuk + nafsu yang tidak dididik = rebah + tersungkur 
( masuk icu.. )

“Ya Allah,aku tahu saat Kau uji aku itu tanda kasih sayangMu,itu tandanya aku tak pernah ditinggalkan..”

Sayang diri sendiri sebelum kita nak sayangkan orang lain dan nak orang lain sayang kita. Dan apa yang pasti Allah tetap sayang kita.

Mujahadah,apa khabar mutabaah amal saya? kalau dulu target untuk diri kita 3 amalan istiqomah contoh mesti baca quran sehari minimum sekali,puasa isnin khamis,solat dhuha dll..sekarang umur dah meningkat dan our brain dah develop kena letak target baru tapi benda baru yang nak istiqomah ni perlukan kesabaran. Take a breath, take our time but we must move on.. even though with the slowest movement. Jom buat sama-sama.

“Untuk mendapatkan apa yang kamu suka.. Pertama kamu hendaklah SABAR dengan apa yang kamu benci..." 
-  Imam Al-Ghazali-


BERSABAR + TINDAKAN DAN AIR MATA..



Air mata bukan beerti kita lemah,air mata bukan beerti kita tak lakukan apa-apa tapi air mata orang yang bermujahadah itu air mata beharga,air mata sebuah tekad..

Ini mujahadahku !


“Saya mestilah mencintai Allah dengan kecintaan yang menyebabkan hati saya sentiasa merindui Allah dan sentiasa bergantung kepadaNYA... 
                                                                                                                 
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) 9

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). 10
-Surah as-syams-

* makin sibuk dengan program atau apa-apa komitmen luar maknanya komitmen terhadap diri sendiri juga perlu dipertingkat,pesanan khusus untuk diri sendiri dan semua sahabat-sahabat *

tazkiyatun nafs !




contoh senarai mutabaah amal
 ambil dari google.



E/ALSP
nilai negeri sembilan
-tempat yang bernilai-

Wednesday, 5 June 2013

Sebuah Al-Fatihah

Assalamualaikum,syukur kehadrat Ilahi dengan izinNya kita masih lagi bernafas dalam keadaan seorang muslim alhamdulillah,syukur atas nikmat iman dan Islam,Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad,selawat dan salam untuk junjungan mulia kekasih Allah Nabi Muhammad SAW.

........................................
kalau kita doakan seseorang, insyaallah dengan izin Allah mungkin orang itu juga akan mendoakan kita dan pasti Allah jagakan dia untuk kita.Allah akan jaga link ( hubungan kita dengan dia ). Hebatkan orang mukmin yang senjatanya doa.Allahu akbar! Subhanallah!

hari ini sudah kita doakan ibu bapa kita?Alhamdulillah saya pasti semua orang tidak lupa mendoakan iba bapanya setiap kali lepas solat " Rabbi fighli wa li walidaiya warhamhuma.." 

tapi hari ini sudahkah kita mensedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk ibu bapa kita?...kita jawab sendiri..hanya ada dua jawapan sahaja Sudah atau Belum.

Satu perkongsian,kata seorang hamba Allah yang berceramah "mensedekahkan Al-Fatihah kepada ibu bapa bukan menandakan mereka telah pergi..tapi kalau dari sekarang kita tidak latih diri kita,ringankan mulut,ikhlaskan hati untuk mensedekah Al-Fatihah atau ayat-ayat suci Al-quran kepada mereka kita yakin ke kita mampu istiqomah untuk sedekah Al-Fatihah kepada mereka setiap hari selepas mereka pergi?"

Allah..kesimpulan yang saya dapat,doakan ibu bapa kita,guru kita,anytime..,doakan agar kita mereka dan umat islam seluruhnya mendapat hidayah dan taufiqNya,selamat dan sejahtera.

pentingnya sebuah doa...


"perantara seorang hamba dengan Tuhannya ( Allah ) adalah sebuah doa yang ikhlas"
"jujurlah kamu  dalam berdoa dan menjadi hamba Allah"


.............................................................

Kita pelajar jangan pernah lupa sedekahkan Al-Fatihah untuk guru kita,mereka insan mulia yang mengajar kita ilmu yang kita dapat sekarang.

tak kiralah musim apa sekalipun,musim bunga ke luruh ke exam ke banjir ke dan macam-macam musim lagi..kata ustaz saya,cuba kita tanamkan dalam diri kita sebelum start study kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Nabi tercinta kekasih Allah Nabi Muhammad SAW,sahabat-sahabat baginda,kaum kerabat baginda,para-para wali Allah,Ibu bapa kita,keluarga kita,guru-guru kita,sahabat-sahabat kita,orang-orang yang kita sayang,orang-orang yang menyanyangi kita dan umat Islam seluruhnya.


Kalau kita tak nak berdoa kerana takut habis masa,tak cukup masa atau berbagai lagi alasan,berdoa dalam keadaan gopoh-gapah..bagaimana agaknya Allah lihat kita pada waktu itu???

 lets ask ourself..and we will get the answer.

wallahua'lam.




syukur atas segala nikmat,Jika kita hitung pasti tak terkira banyaknya.

:)  keep smiling !




note : lagi berapa hari nak menjelang final exam untuk sem ni,tapi sebenarnya setiap hari kita menghadapi exam dihadapan Allah dan sedang dicatat oleh 2 malaikat yang sangat amanah.



Tuesday, 7 May 2013

Menanti sebuah masa depan

Najwa : menunggu keputusan depan tv..laptop kat sebelah...tak pernah dalam hidup saya,saya secekap ini dihadapan laptop dan tv..hehe..
iman..sengit-sengit kedah 15-15...Ya Allah aku mohon yang terbaik dariMu

Iman  : fuh laju betul awak ni,tengok bola semangat,tengok badminton apatah lagi,baguss...

Najwa : haruslah..sukan untuk kesihatan,ini untuk masa depan..hehe

Iman   : cewah boleh pantun dua kerat lagi

Najwa : ehemm..tengok niii...insyaallah2 macam kita dah ni

Iman   : ya2,saya tengok ni,sabar najwa jangan excited sangat,sediakan minda kita..pertempuran boleh menang boleh kalah

Najwa  : ok2..cool najwa cool..
..........................................

Najwa : iman kali pertama air mata saya jatuh untuk menunggu sebuah masa depan,sedih sangat ni..
kalah..

dalam linangan air mata keduanya..

Iman   : najwa jom kita ambil wudu' kita solat sunat taubat dan hajat untuk Islam

Najwa : jom..

seusai solat keduanya terus berbicara

Najwa : iman saya takut..saya takut dengan maksiat dan kelalaian saya menjadi penyebab gagalkan pertempuran hari ini

Iman : ya saya juga, najwa mungkin Allah sedang bagi jalan untuk kita perbaiki,masih banyak lompang-lompang dalam hidup ini yang belum kita topup..qiam kita,quran kita..kawan-kawan kita dan masyarakat yang belum faham,sebuah doa yang ikhlas..Allah...kami mohon ampun

Najwa  : dakwah kita , ilmu kita..mungkin saya belum bersedia sebenarnya,tapi semangat saja yang lebih..Allah

Iman  : sama-sama kita bangkit,ini penggera sahabat..loceng sudah berbunyi...biar kali ini ia menjadi semboyan untuk saya,awak dan mereka semua..insyaallah
Kita tak kalah ,cuma kemenangan belum tiba..kita tak boleh lemah..please kita sama-sama ingatkan antara satu sama lain

"wahai orang - orang yang beriman ! Mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?" [11]
"iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui [12]
.......

sehingga akhir ayat (surah saff ayat 11-14)

Najwa  : Ya iman,kita usaha bersama - sama..semoga hidayah dan taufiq Allah untuk kita dan seluruh umat manusia.

Iman  : amiin..

Najwa  : jap..jangan lupa kita ada tugas besar....untuk hadam bidang yang kita ambil ni 

Iman    : ya betul tu,saya Bahasa Arab dan Komunikasi dan awak Food Biotech.

Jom Study ! 
 ^_^

Pengajaran
1.perbaiki diri kita,pertingkat dakwah dan hikmah dalamnya = tuntut ilmu untuk masa depan kita,keluarga,agama,negara.
2.jangan terlalu yakin selagi keputusan belum tiba.
3.bersabar atas kekalahan,tanam azam baru untuk Islam.
4.saat runsing,kecewa atau apa sahaja perasaan tempat terbaik untuk mengadu pada Allah dan pengubat dan penghibur hati orang mukmin itu kalamullah.
5.jangan pernah serik untuk melakukan kerja Islam.




Thursday, 18 April 2013

Bunga

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,selawat dan salam untuk Baginda tercinta kekasih Allah Nabi Muhammad SAW



semoga nasihat itu memberi cahaya,semoga nasihat itu terselit seribu manfaat diakhirnya

Dunia dan pentas lakonan..pelakonnya kita..akan diperlihat diakhirat nanti

Ya Allah semoga apa yang kami lakukan dibimbing olehMu Rabbi
..........

najwa : senang je..kalau kau yakin setiap apa yang kau buat..kau boleh jawab depan Allah,ikut apa yang telah dipandu dan diajar olehNya..just go ahead
syuhada: gulp...dalam hati terus berbicara..Ya Allah aku nak jawab apa depan Engkau Ya Rabb..boleh ke aku nak jawab?
thanks najwa atas nasihat kau..hah..nasihatmu menusuk jantungku
..........

bumi dan sekitarnya terus mewangi dengan insan-insan solehah dan yang mendamba solehah dengan gigih berusaha keranaNya
Bunga-bunga indah yang terus menitiskan air mata lantaran dek takut dirinya menjadi fitnah sang kumbang
Bunga-bunga berjalan dibumi tuhan dengan langkah tegas dan kelembutan
bukan lemah dalam kelalaian

Syaitan terus menangis lantaran tiada ruang untuknya 
Syaitan terus berusaha untuk mengganggu setiap hidupnya
Ah..sungguh payah insan-insan ini..dibibirnya tidak lekang zikrullah
hatinya tidak pernah leka dari zikrullah
langkahnya terus bertapak kerana Allah

Syaitan mengatur strategi baru untuk merosaknya
oh..insan-insan ini faham dan mengatur strategi juga
Jiwa dan hati yang terikat denganNya pasti juga dijaga rapi olehNya
keyakinan pada Allah itu mengatasi segalanya

Bunga-bunga ini bukan insan yang sibuk 
dengan buaian perasaan cinta yang melalaikan dan angan - angan kosong yang merugikan 
Insan-insan ini bunga yang sedang dan terus berkembang
penuh azam,dengan jiwa dan semangat ketelusan demi mendamba redha Tuhan
iaitu Rabbul Izzati
cinta Muhammad SAW tidak bertepi
cinta Rabbi tiada sesuatu dapat mengatasi.

semoga kita semua mendapat belas kasihan Allah dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya dan istiqomah. 

-nilai n9-