Hari ni sahabat saya nak buat kad hari lahir..dia ajak saya sumbang idea sekali untuk buat kad,ermm saya hanya berniat nak teman dia buat je..
Sorryyyy..I’m not a
creative person.. :(
Dia dah penat tengok saya duduk tengok je apa yang dia tengah buat,akhirnya..
Sakinah pergi
la balik, jangan buang masa awok tengok kome buat benda ni..Kalau awok balik awok boleh buat banyak benda daripada awok tengok kome buat kad ni..Awok tuliskan ayat - ayat ni nak..
tak nak,tak pandai..
ermm hari ni kome nak teman awok buat kad je sebab tu kome tak bawak kerja - kerja kome sekali, tolong sikit - sikit boleh la hehe..
Saya hanya
diamkan diri..tengok saja apa yang dia lakukan, dia memang kreatif..sesekali tolong juga dia gamkan
kertas-kertas yang dia sedang buat..saya tak nak tolong sangat sebab saya takut nanti kad tu jadi tak cantik
Kesian orang – orang kreatif yang kawan dengan saya..
Tapi saya suka kawan dengan orang - orang kreatif ni :)
Kesian orang – orang kreatif yang kawan dengan saya..
Tapi saya suka kawan dengan orang - orang kreatif ni :)
Memang osem sahabat saya yang sorang ni
.....................................................................
Menjadi seorang
kawan,teman atau sahabat..
Bagi saya
menjadi seorang sahabat itu bukan sekadar bergembira ketika gembira dan
bersedih ketika sedih..menjadi sahabat itu memerlukan kesabaran yang tinggi
sehingga kau mampu memegang title seorang sahabat..
Akak
apa hak sahabat yang patut kita segerakan..
Akak itu
berdiam dan kembali bersuara..apabila dia minta nasihat daripada
awak,maka berilah nasihat padanya..apa – apa sahaja..
Saya hanya diam
membatu,bermonolog sendirian..
Haaa..Dah
la tak pandai nak nasihat orang, macam mana nak bagi..
Dari Abu
Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah
bersabda:
“Hak
Muslim ke atas Muslim ada enam.”
Bertanya
para sahabat: “Apakah ia wahai
Rasulullah?”
Bersabda
Baginda: “Apabila berjumpa, maka
ucapkanlah salam; Apabila dijemput, maka datanglah; Apabila diminta nasihat,
maka berilah dia nasihat; Apabila bersin lalu dia mengucapkan ‘alhamdulillah’,
maka doakanlah untuknya; Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia; Apabila dia
meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya.”
(Diriwayatkan
oleh Muslim dari Abu Hurairah)
……………………………………………………………..
Suatu hari…
Saya : Tolong bagi nasihat dekat kome sikit..rasa tak kuat ni
Sahabat : Sakinah..kome
ni hanya pandai membebel je..nak bagi nasihat tak pandai..
Apa yang
keluar dari mulut saya..Membebellah,nak dengar ni..
Sambil dia kemas buku - bukunya..
Sahabat : Kita
kena kuat, Allah dah tentukan setiap apa yang berlaku…tak boleh macam ni,kita
nak berjuang kan… dot..dot..dot..
Huh..air
mata dah bertakung diempangan..tinggal nak pecah
Sahabat : Janganlah
nangis, kome membebel saje ni
Tiba – tiba
telefon berbunyi,tertera di skrin "Makku Sayang"
Ya Allah macam mana nak angkat fon dalam keadaan suara macam ni..telinga seorang ibu
kalau dia dengar suara anak dia lain sikit dia pasti dapat detect sama ada anaknya sakit ke
nagis ke..nanti mak risau dengar suara macam ni..
Alamak..kena
betulkan suara jap..
Alhamdulillah
berjaya bercakap dengan mak tanpa ada perkara-perkara yang merunsingkan mak, mak tanya khabar dan banyak lagi yang kami borakkan..uhh..empangan
air mata kembali stabil..
Selepas letak
telefon..gelak sahabat saya melihat saya bercakap dengan emak
Alamak
tak jadi kome nak nangis..mak kome telefon
Sahabat hanya
gelakkan saya..last2 sebelum balik dia hulurkan sehelai kertas kepada saya
Nah ni
kome bagi awok..
yang tertulis padanya perkataan ISTIQOMAH…
………………………………………………………......
Menjadi seorang
sahabat, tak perlu untuk kita menyusun ayat umpama orang yang berbunga
cinta,tak perlu juga kita mengungkapkan ayat umpama ingin diinterview..sudah
cukup untuk seorang sahabat itu memberi apa yang sahabatnya perlukan iaitu
nasihat disaat dia memerlukan.
Menjadi
seorang sahabat tak perlu memberi pujian dalam dusta,bukan juga ciri sahabat andai tidak mahu menasihati kerana takut-takut sahabatnya terasa hati..
Jika benar ikhlas..teguran,komentar,atau marah seorang sahabat adalah untuk melihat kita
lebih baik daripada sebelumnya.
Ayuh pimpin
tangan bersama dengan teguran yang membina yang mana menyelamatkan aku dan kamu
daripada panasnya api neraka.
nota kaki : maksud
awok - awak
kome - saya