SEM
BARU,CERITA BARU TETAPI MATLAMAT YANG SAMA INSYAALLAH
Alhamdulillah
segala puji bagi Allah yang memberi segala nikmat,dan menghadiahkan ujian
sebagai tanda kasih sayang Pencipta kepada seorang hamba,semoga kita semua
dalam limpah rahmat dan perhatian Allah.selawat dan salam untuk junjungan mulia
kekasih Allah Nabi Muhammad SAW.
Sudah
seminggu melalui sem baru,pasti kita juga ada target dan usaha yang baru
Apa yang
kita selalu kena ingat bahawa
“Kita
merancang sesuatu,Allah juga merancang sesuatu untuk kita,dan setiap
perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita.Kita merancang hala tuju
dengan cita-cita tetapi Allah merancang dan memberi kita sesuatu dengan
cintaNya”Begitulah hebatnya kuasa cinta Pencipta iaitu Allah terhadap hambaNya
iaitu kita.
APA YANG
KITA PERLU BUAT UNTUK SESUATU YANG BARU ( SEM BARU )
1.TAJDID
NIAT ( perbaharui niat )
Semua
amalan kita berkait dengan niat..bangga dan bahagiakah kita andai kita buat
sesuatu kerana manusia?huh..pasti merana hidup jika kita lakukan sesuatu perkara kerana manusia,kata senior waktu sekolah dulu jaga niat sebelum,semasa dan selepas,ya bila saya lihat semula kita memang kena tanya diri kita selalu..aku buat ni sebab apa,kerana apa,untuk apa? kita selalu leka dalam melayari perjalanan hidup ini,Allahu rabbi..rugi dan malulah kita menyusuri hidup sebagai seorang hamba dengan kesombongan.
Sabda nabi
SAW : setiap amalan bermula dengan niat,dan setiap sesuatu mengikut apa yang
telah diniatkan…
Kata hukama’
: siapa berusaha dia berjaya,siapa menanam dia mendapat hasil
2.AMBIL
IKTIBAR DARI SEM LEPAS
Setiap manusia
mempunyai kelemahan dan kelebihan.dan sifat manusia itu fitrahnya inginkan
kebaikan,jadi pasti ramai antara kita yang mahu menjadi lebih baik di sem ini,mungkin
dulu kita..
*lambat
hantar assignment
*bertangguh
*ulangkaji
last minit
*mcm2
lagi
Pasti sem
ini kita mahukan perubahan..siapa yang sedang berubah..YES..kite geng :)
3.FOKUS
Nak suruh
fokus ape ni???fokus kat sini lebih kepada ambil berat..ambil berat semua perkara
ILMU duniawi dan ukhrawi…
Ilmu ini
semuanya milik Allah,amat kerdil diri kita mendapat pinjaman nikmat ilmu
daripada Allah,kadang-kadang kita lupa untuk bersyukur atas nikmat-nikmat yang
Allah berikan kepada kita
Jom sama-sama
kita fokus di dalam kelas insyaallah dalam masa yang sama menyempurnakan
ibadah2 lain.Sesungguhnya Allah meninggikan darjat orang-orang yang berilmu.
Ustaz dan
ustazah selalu pesan : jangan lupa doa supaya kita mendapat ilmu yang
bermanfaat,kerana semua orang boleh menuntut ilmu tetapi bukan semua orang mendapat ilmu yang bermanfaat.
4.MENGHADAPI
UJIAN..
“ apakah
manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan , “ Kami
telah beriman” dan mereka tidak diuji? ”
“ Dan
sungguh,Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti
mengetahui orang-orang yang benar dan mengetahui orang – orang yang dusta ”
( Surah
al ankabut ayat 2-3 )
Selalu bila
cerita bab ujian..mesti orang akan ingat air mata..sebenarnya semua perjalanan
hidup kita ini adalah ujian dari Allah..Suka,Duka atau mungkin ini situasinya :
1.susah
nak faham cikgu ajar
2.faktor
sekeliling
3.pindah
kelas untuk sem baru
4.dan
lain2 situasi
5.dapat pointer tinggi
5.dapat pointer tinggi
Apa tindakan
pertama kita untuk mengharungi ujian adalah ‘bersangka baik dengan Allah +
kawal emosi + fikir untuk menyelesaikan masalah atau menghadapi ujian’
Teringat pesan
seorang ustaz semasa belajar dikulliah dulu :janganlah kita pinta pada Allah untuk
kurangkan ujian kepada kita tetapi mohonlah kepada Allah agar Allah kuatkan
bahu kita untuk memikul ujian yang diberi.
ust juga kata bila hadapi ujian berdoalah pada Allah : Ya Allah aku redha andai ini ujian untuk meningkatkan ketakwaanku kepadaMu
ust juga kata bila hadapi ujian berdoalah pada Allah : Ya Allah aku redha andai ini ujian untuk meningkatkan ketakwaanku kepadaMu
Firman Allah
: Allah tidak akan membebani seseorang melainkan mengikut kesanggupannya..
Surah al
baqarah ayat 286.
………………………………………………………………………………………………
-Aku seorang
pelajar,dalam kehausan menagih ilmuMu Rabbi demi RedhaMu Rabbi-
Allahua'lam.
saya akhiri entri kali ini dengan 3 gambar biasa yang mempunyai maksud luar biasa
Allahua'lam.
saya akhiri entri kali ini dengan 3 gambar biasa yang mempunyai maksud luar biasa