Pages

Thursday, 29 November 2012

kalau cinta pasti diuji..

titiskan air mata kalau itu membuatkan diri lebih bersemangat
ya..semangat itu bukan pada air mata
aku tak boleh lepaskan apa yang aku sayang begitu sahaja
Ya Allah kali ke berapa mutiaraku jatuh untuk ini
orang kata kalau tak nangis tak rasa lazatnya nikmat selepasnya
Ya Allah kuatkan hambamu untuk terus mendalami apa yang aku cinta ini
kadang-kadang rasa tak kuat..

kerana aku cintakannya
aku akan terus dapatkan dan dalaminya
Ya Allah, bahasa arab..aku jatuh cinta start nak mula exam stam..
selama aku belajar bahasa arab 5 tahun aku just suka tapi aku tak rasa cinta
dah nak exam stam belajar bahasa arab rasa nikmat..
belajar di kos ni..
Ya Allah..
teringat ustaz kata.. ha dah dapat bidang pilihan maknanya xda sebab untuk rasa x mampu

kalau memang cinta pasti diuji
Al-Quran......
Ya Allah kuatkan aku
aku ada matlamat di kos ini..


*wahai muslimah kesayangan Allah,kamu takkan mudah kalah dengan kesusahan, terus mujahadah untuk mengaut segala ilmu yang penting kamu tuntut ilmu kerana menginginkan apa?? kamu ingin lulus cemerlang sahaja atau kamu ingin berkat..faham..cemerlang.*


*wahai muslimah mawar - mawar kesayangan Allah dan ummah,semoga cintaMu pada Allah tetap utuh walau dilanda ombak yang menggila,buatlah kebaikan selagi mampu, kerana Allah sedang memandang dan menilaimu wahai muslimah...bermula detik ini... kerana kau ciptaan terindah*


Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakabar  \

Saturday, 3 November 2012

Nak Bedah atau Tidak?

Buku Mukmin Profesional karya Ust Pahrol Mohd Juoi

saya ingin kongsi sedikit yang ada dalam buku ini,masih mentelaah,siapa yang belum baca boleh baca,kandungannya yang mantap,kata-kata yang tersusun,analogi yang berguna..

kata penerbitnya sudah mantap,apatah lagi isinya
sedikit perkongsian kalam penerbit
1.what you get is what you see
2.who you are determines how you see

when you stop learning you stop leading.setiap kita adalah pemimpin.Sekurang-kurangnya kepada diri kita sendiri

...........................................................................................................................
saya hanya menulis kata-katanya sahaja,intipati selebihnya kita baca bersama-sama di dalam buku

 "siapa diri kamu akan datang dicorak oleh buku apa yang kamu baca"

"kata hukama' : orang yang berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam.Orang yang terpedaya ialah orang yang hari ini sama seperti semalam.Orang yang celaka ialah orang yang hari ini lebih buruk daripada semalam"

"pasangan hidup manusia adalah Islam,tanpanya manusia akan terpisah daripada ketenangan dan kebahagiaan"

"kata hukama' : untuk membaiki dunia,baiki manusianya.Dan untuk membaiki manusia baiki hatinya"

"kata bijak pandai : siapa yang tidak tahu untuk apa dia perlu mati,maka dia tidak layak untuk hidup"
 
"servis hati vs servis kereta
Ironinya,ditengah-tengah kemalut hidup yang dasyat ini,masih ramai yang lebih prihatin malah berminat dengan gajet-gajet teknologi berbanding persoalan hati.Betapa ramai yang lebih serius untuk servis kereta berbanding servis hati.Kereta dicuci,ditukar dan dihias dengan pelbagai aksesori,sedangkan jiwa,fikiran dan emosi terbiar kotor dan berkarat.Justeru,tidak hairanlah mengapa ramai manusia umpama kereta rosak yang sedang terhincut-hincut dalam perjalanan hidup yang penuh cabaran ini."

"personal victory come first before public victory- kemenangan peribadi harus dicapai terlebih dahulu sebelum kemenangan umum"

"pepatah cina : dengan wang kamu boleh beli buku,tetapi kamu tidak boleh membeli ilmu"
..................................................................................................................................

kalau ditulis semua memang banyak,tetapi mari kita hayati kata-katanya,tahniah kepada yang sudah habis membaca buku ini,semoga kita ambil mana yang bermanfaat.

Aik dia ni nak jual buku ke?ke nak jadi promoter?ke...ke...
saya tak jual buku,promote mungkin kerana ilmunya yang berguna untuk kita semua,boleh beli dekat mana-mana kedai buku