Pages

Thursday, 26 July 2012

Adakah Hatiku Dipenuhi...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Selawat Dan Salam Untuk Baginda Tercinta Nabi Muhammad Solallahua'laihi wassallam.
.................................................................................




satu hari dalam kelas pak ustaz menampal sekeping kertas A4 yang ada titik ditengah - tengahnya di papan putih
setelah selesai membaca doa belajar,kami duduk...
pak ustaz : baiklah anak-anak pelajar,apa yang kamu semua nampak dihadapan?
semua pelajar menjawab : kertas yang ada titik hitam di tengah-tengah....

..................................................................................................................................

erm..apa kaitan kertas A4 di atas dengan entri kali ni..

MAKSIAT >>>>>>TITIK HITAM
 kertas A4 itu adalah analogi hati kita,jika kita tidak mendengar @ menghadiri majlis ilmu dalam tempoh 3 hari berturut-turut satu titik hitam akan hinggap dihati kita.Apatah lagi kalau kita membuat maksiat dengan sengaja.

Mari kita lihat jawapan majoriti anak murid pak ustaz.. (kertas yang ada titik hitam di tengah-tengah).Itulah bahayanya maksiat,dosa dan perkara negatif walaupun sikit ia tetap nampak kesannya yang mencomotkan pada kertas yang bersih itu dan ia akan membuatkan hati kita keras.Pernah tak kita tanya diri kita " kenapa aku tak rasa apa-apa bila orang bagi nasihat"..."kenapa aku selalu buat jahat,tak kisah apa mak ayah cakap"...itu salah satu tanda hati kita dipenuhi titik hitam.

Ya memang betul kita manusia biasa yang  melakukan kesilapan tapi mari kita muhasabah sejenak

1.adakah kesilapan(maksiat) itu secara sengaja?
                          atau
2.adakah kesilapan(maksiat) itu secara tak sengaja?

Jawapannya ada dalam hati kita...


Ada mereka yang bertanya : kenapa doa mereka tidak dimakbulkan oleh Allah sedangkan mereka selalu berdoa kepadaNYA???


Ibrahim bin Adham seorang ahli tasawuf menjawab :


astagfirullahal a'zim.masih banyak yang kita lalai dan leka.


MACAM MANA NAK RAWAT HATI NI??

Nak pergi Hospital KL ke?eh jauh sangat KL tu, pergi klinik desa je kot?alamak!!!!
Ni bukan penyakit hipetitis yang perlu ke hospital...
 tapi ia ada cara dan pembedahan tersendiri yang berperingkat dan berterusan


I must follow these steps
for my self. for prevent it sick again and again

Bila kita lihat apa yang Ibrahim bin Adham sebut di atas,terlalu banyak yang perlu kita usaha untuk perbaiki.Yang kurang baik jadi baik...Yang baik jadi lebih baik...

Ambillah peluang di bulan yang barakah ini,bulan ramadhan yang mulia untuk kita rawat hati kita.Moga amalan kita bertambah dan istiqomah hingga ke nafas yang terakhir.

saya akhiri entri kali ini dengan pesan Nabi yang tercinta kekasih Allah Nabi Muhammad Sollallahua'lai wassalam


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”

mari koresi diri "adakah hatiku dipenuhi....oleh cahaya (nur iman) atau titik hitam yang semakin bertambah???"

 

No comments:

Post a Comment