Pages

Tuesday, 29 May 2012

Sahabat Jangan Pernah Luput Perasaan Itu

Assalamualaikum wtb,selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW,semoga kita mendapat hidayah dan taufiqNya..



Mari kita cintai ilmu

ILMU PENYULUH JIWA SANUBARI
YANG MEMBANTU MENERANGI SEGENAP DIRI INI
PERTIMBANGAN AKAL BERLANDASKAN ILMU DARI ILAHI
MEMANDU PERJALANAN INSAN BERMUSAFIR DI BUMI INI


AMAL TANPA ILMU ITU SIA-SIA SAHAJA
ILMU TANPA AMAL ITU RUGI BELAKA
DENGAN ILMU KITA KENAL PENCIPTA
DENGAN ILMU KITA MAMPU MENGGONGCANG DUNIA
DENGAN ILMU KITA SEDAR KITA INI HAMBA
HAMBA YANG SEDANG BERMUSAFIR MENUJU YANG ESA



Wahai teman ingin diri ini mengajak bersama-sama untuk kita cintai ilmu sedalamnya.Jangan kita bazirkan masa yang hanya seketika ini untuk bersuka-suka sahaja.Seorang hamba Allah yang berumur 19 tahun ini sedang dan InsyaAllah akan terus menyintai ilmu.Jangan pernah luput perasaan itu.Kita remaja,aset ibu bapa,aset negara dan yang paling penting aset ummah.Bagaimana mahukan kejayaan tanpa mahu belajar.Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,menyintai ilmu itu perlu dipupuk.Kata orang yang jatuh cinta :Dari Mata Turun Ke Hati...hebat!...Begitulah kalau kita mahu mencintai ilmu.Ikhlaskan diri membaca dan menatapnya dengan mata InsyaAllah akan kekal didalam hati ilmu yang bermanfaat itu.


 Ilmu itu cahaya,cahaya tidak dapat menembusi orang yang berbuat maksiat

Ajak semua sahabat-sahabat kita,ingatkan mereka tentang pentingnya ilmu yang bermanfaat itu.

seorang doktor itu merawat pesakit dengan ilmunya
seorang guru itu mendidik pelajar dengan ilmunya
seorang penggali kubur itu menggali kubur dengan ilmunya
seorang hamba Allah dapat bermusafir di bumi ini dengan ilmu juga
dan perlu ingat segala ilmu yang diperoleh adalah dengan izin Allah

Mohonlah pada Allah agar kita sentiasa diizinkan untuk memperoleh ilmu yang bermanfaat.

Nota kaki : sama -sama kita ingat mengingati tentang pentingnya ilmu
                   remaja sekarang penentu keadaan negara akan datang.

No comments:

Post a Comment