Kawan-kawan sibuk bertanya sama ada saya balik atau tidak raya haji kali ini,kata saya pada mereka,setakat dalam perancangan saya insyaallah muktamad saya balik,kalau ada apa-apa program atau event nanti saya pertimbangkan,saya balik kampung sebab saya ada tanggungjawab sebagai seorang anak kepada kedua orang tua saya.
Sejak dari
mula daftar semester baru,saya belum lagi pulang ke kampung kerana
kekangan-kekangan masa sebagai mahasiswa yang tidak dapat saya elak,dan pagi sabtu
itu kaki ini terus melangkah dengan niat “Aku balik nak bantu mak abah di rumah
dan menggembirakan hati mereka keranaMu Ya Allah. Aku mesti balik dan
kegembiraan kami satu keluarga adalah hak bersama.”
Setiap kali
apabila saya menelefon mak abah,tak terlepas daripada mulut meminta mereka
mendoakan keadaan saya di universiti supaya dipermudah untuk memahami dan
menghayati apa yang diajar di sini,baik ilmu di dalam kulliah mahupun ilmu yang
diperoleh diluar kulliah. Mak memberitahu saya bahawa sememangnya fitrah
seorang ibu bapa itu mendoakan anak-anaknya berjaya di dunia dan akhirat.Tugas
seorang pelajar memahami pelajaran dan belajar baik-baik.
Mak dan
abah tidak pernah menghalang saya atau adik-beradik yang lain untuk aktif
berpersatuan tetapi pesan mereka sebelum kami menerima sesuatu atau memilih
untuk berpersatuan fikirkan sebaiknya sama ada kami mampu ataupun tidak. Bagi
saya, peluang untuk berpersatuan adalah peluang keemasan untuk saya menimba
ilmu berorganisasi dengan lebih sistematik dan sekaligus saya belajar menyusun
jadual saya walaupun kadang-kadang kelelahan dalam mengurus masa akibat dek
kecuaian diri sendiri. Selain itu, saya juga dapat memahami dan belajar
bagaimana untuk berkomunikasi dengan manusia sama ada kita berkomunikasi secara
verbal atau non-verbal.
Alhamdulillah
cuti kali ini saya kira bermanfaat walaupun seorang adik tidak dapat balik bercuti
kerana tidak lama lagi dia akan menghadapi peperiksaan.
KENAPA KITA
PERLUKAN 'NIAT' SEBELUM MELAKUKAN SESUATU ?
Pada pendapat
saya, niat adalah perkara pertama yang perlu kita jelas supaya diri kita
bertindak sesuai dengan apa yang telah kita niatkan.
Sabda
Rasulullah SAW : sesungguhnya setiap perbuatan bergantung dengan niat dan setiap
perbuatan mengikut apa yang telah diniatkan…
Niat juga
akan membuatkan kita fokus pada perkara yang kita ingin lakukan,walaupun perkara
itu sesusah mana sekalipun insyaallah dengan niat yang baik pasti akan ada
pertolongan daripada Allah.
APA SIKAP
KITA SEBAGAI SEORANG ANAK ?
1. MENDOAKAN KEDUA IBU BAPA : Seperti yang mak saya pernah katakan bahawa fitrah seorang ibu bapa itu mendoakan anak-anak mereka.Sememangnya kita juga sebagai seorang anak mesti mendoakan kedua ibu bapa kita.
" Ya Allah ampunkan dosa-dosa ku,dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku sewaktu kecil"
2. MENUNAIKAN PERINTAH ATAU PERMINTAAN MEREKA SELAGI TIDAK BERLANGGAR DENGAN SYARIAT : Sejak dari sekolah rendah lagi kita diajar adab-adab terhadap ibu bapa.Hal ini jelas menunjukkan peri pentingnya seorang anak berakhlak baik kepada ibu bapa.Salah satu adab atau akhlak yang mesti ditunaikan adalah membuat apa yang disuruh oleh mereka selagi tidak berlanggar dengan syariat dengan kata lain,apabila mereka memanggil kita untuk meminta pertolongan,kita haruslah menyegerakannya tanpa sebarang rungutan seperti Ah,Eh atau apa-apa perkataan atau perbuatan yang boleh mengguris hati mereka.
Firman Allah SWT : Maka sekali – kali janganlah kamu mengatakan kepada
kedua – duanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkalah
kepada mereka perkataan yang mulia. (Surah Isra’ ayat : 23)
3. KENANG JASA MEREKA : apabila saya melihat kedua orang tua saya,pasti
sebak didada,saya lihat mereka sememangnya letih,tetapi itulah anugerah yang
Allah berikan kepada seorang ibu dan ayah iaitu kekuatan dari segi mental dan
fizikal untuk memelihara dan menjaga anak-anak mereka. Apa lagi alasan kita
untuk tidak berbakti dan mengenang jasa mereka.
Firman Allah SWT : Dan Kami perintahkan kepada manusia ( berbuat baik )
kepada dua orang ibu bapanya,ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah
yang bertambah – tambah,dan menyusukan selama dua tahun.Bersyukurlah kepada-Ku
dan kepada du ibu bapamuu.Hanya kepada-Kulah tempat kembalimu. ( Surah Luqman
ayat : 14 )
..................................................
Ayuh! letakkan dalam jadual kita masa untuk menelefon mak dan ayah,letakkan dalam kelender kita ada tarikh untuk kita pulang bertemu dan bersama mereka.
insyaaallah peringatan untuk diri sendiri khususnya dan para pembaca amnya
[teratur urusannya - sangat menghargai masa - bermanfaat kepada orang lain]