Mujahadah memang
perit sebab matlamat kita akhirat yang abadi
Kita kena
kenal diri kita, bila kita kenal diri kita insyaallah kita akan cintakan diri
kita dan tak nak biarkan diri kita merana sebab penyakit-penyakit mazmumah ni.
Kita akan
terus kuat dengan bantuan Allah walaupun apa pun hasutan dari syaitan durjana.
Syaitan
yang gemuk + nafsu yang tidak dididik = rebah + tersungkur
( masuk icu.. )
“Ya
Allah,aku tahu saat Kau uji aku itu tanda kasih sayangMu,itu tandanya aku tak
pernah ditinggalkan..”
Sayang diri
sendiri sebelum kita nak sayangkan orang lain dan nak orang lain sayang kita. Dan
apa yang pasti Allah tetap sayang kita.
Mujahadah,apa khabar mutabaah amal saya? kalau dulu target untuk diri kita 3 amalan istiqomah contoh mesti baca quran sehari minimum sekali,puasa isnin khamis,solat dhuha dll..sekarang umur dah meningkat dan
our brain dah develop kena letak target baru tapi benda baru yang nak istiqomah
ni perlukan kesabaran. Take a breath, take our time but we must move on.. even
though with the slowest movement. Jom buat sama-sama.
“Untuk mendapatkan apa yang kamu
suka.. Pertama kamu hendaklah SABAR dengan
apa yang kamu benci..."
- Imam Al-Ghazali-
BERSABAR
+ TINDAKAN DAN AIR MATA..
Air mata bukan beerti kita lemah,air mata bukan
beerti kita tak lakukan apa-apa tapi air mata orang yang bermujahadah itu air
mata beharga,air mata sebuah tekad..
Ini mujahadahku !
“Saya
mestilah mencintai Allah dengan kecintaan yang menyebabkan hati saya sentiasa
merindui Allah dan sentiasa bergantung kepadaNYA... “
Sesungguhnya berjayalah
orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih
(dengan iman dan amal kebajikan) 9
Dan sesungguhnya hampalah
orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam
kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). 10
-Surah as-syams-
* makin sibuk dengan program atau apa-apa komitmen luar maknanya komitmen terhadap diri sendiri juga perlu dipertingkat,pesanan khusus untuk diri sendiri dan semua sahabat-sahabat *
tazkiyatun nafs !
E/ALSP
nilai negeri sembilan
-tempat yang bernilai-