Berkongsi sedikit rasa dengan pengetahuan yang amat cetek
Siapa Beliau Ustaz Yahya Othman....
Aku tidak pernah mengenali beliau sehingga aku tahu bahawa beliau telah kembali ke Rahmatullah
Allahumma firglahu warhamhu Ya Allah
memandang gambar-gambar beliau di fb aku terasa aku sangat ingin mengetahui siapa beliau
memandang beliau juga membuatkan air mataku mengalir
terdetik dihatiku Ya Allah beliau insan hebat yang Engkau pilih
Ya Allah aku insan kerdil ini masih diberi keizinan olehMu untuk mengenali insan hebat ini walaupun setelah beliau dijemput Illahi
membaca status ustazku di fb,naik bulu roma sebak didada,laju air mata mengalir...mampukah aku bantu agama Allah ini...sangat sikit yang aku lakukan
dicopy dari ustaz abdul karim
USTAZ YAHAYA OTHMAN ... Murobbi Sejuta Da'ie..
.......bagaimana dgn senarai amalan2 sunat ini, berapa orang yang buat. Siapa berani angkat tangan!"... kecut perut, diri terasa amat kerdil.. itulah antara soalan bertubi2 yang singgah di telinga kami semasa di Temerloh........
Setiap kali... nama besar MUROBBI ini tak pernah gagal tersenarai dan tak pernah gagal hadir. Saya, anak muda hingusan yg baru berjinak2 mengenali dunia kepemudaan dgn darah dan jiwa remaja yg masih bergejolak dgn kepoya-poyaan.. terheran2 mengapa? apa yg hebat sgt dengan Ustaz yg sorang ini?.
Soalan2nya tentang ibadat fardhu, ibadat malam kami dan keakraban kami dgn Tuhan sangat tertusuk di hati dan gerun sekali untuk memberi jawapan... bayangkan kalau Ketua kami pun kena jerkah begitu saja, jadi siapalah kami?..
Sejak itu Saya mengenali sosok tokoh ini sebagai Sang Murobbi yg begitu banyak jasa dan istiqomahnya dalam perjuangan. Itulah sekadar secebis kenangan bersamanya.. Kini dia telah pergi menemui KEKASIHNYA.. selama2nya.. hanya doa yg mengiringi pemergiannya, semoga dia berbahagia di alam sana, menemui janji RobbiNya. Bersemadilah kau dengan aman di sana wahai Murobbi Sejuta Da'ie.
memandang gambarnya sahaja umpama aku sudah lama mengenalinya
Maha Suci Allah Yang Mentadbir Alam Ini
Aku lemah tanpaMu Ya Rabb
kedewasaan ini mengajar aku perjuangan ini bukan medan permainan,tapi ia perlu ditegakkan demi agama Allah tercinta dengan jasad yang mempunyai hati...
Ya Allah izinkan kami untuk menjadi pejuang agamaMu
kami mengaku kami lemah tanpaMu
Jangan Kau tinggalkan kami walaupun sekelip mata
Andai kami rebah Ya Allah bangunkan kami Ya Allah
Andai kami tersungkur Ya Allah pimpinlah kami untuk bangkit kembali..
amiin.
Al-fatihah untuk ustaz Yahya Othman...
semoga roh beliau bersama dengan orang-orang yang beriman yang dicintai Allah