Pages

Tuesday, 17 April 2012

TAUTAN UKHUWAH YANG DIRINDUI


hari ini satu sms diterima dari akak usim(sekarang tahun 2) : ......ini sebagai taklifan untuk dihafal,moga ia dapat dijadikan sebagai pegangan dan bekalan kita di atas jalan juang ini....
membuatkan aku lagi merindui untuk berusrah...

Hari ni teringat pula pada usrah sudah lama kami tidak berkumpul untuk mendengar peringatan...sudah semestinya hari-hari kita mendengar diradio,membaca status-status fb tetapi hari ini terasa rindu untuk berkumpul..manisnya ukhuwah yang terbina kerana Islam,bersyukur kerana terpilih untuk berusrah bersama sahabat-sahabat


usrah tempat kita untuk berubah??bagi pendapatku jawapannya YA...banyak kita peroleh daripada liqo' ilmu ini...aku rindukannya

kehidupan itu ujian..dunia itu penuh dengan tipu daya..bagaimana untuk mengenal tipu daya..?bagaimana hendak menerima ujian..?kenallah Pencipta yang hakiki baru kita kenal semuanya InsyaAllah,sama-samalah kita mencari gali ilmu yang bermanfaat..sesungguhnya nikmat didunia ini adalah seperti setitis air dilautan...bersyukurlah wahai hamba Allah


Usrah belajar untuk membahagiakan..selagi terdaya untuk membahagiakan orang disekeliling kita terutama ibu bapa,usahakanlah demi RedhaNYA.senyum sedekah paling mudah.Tanpa kita mengeluarkan bajet dari poket,kita sudah pasti mendapat untungnya dari Allah Yang Maha Pemurah jika niat yang ikhlas


sahabat yang merupakan cermin kita..sungguh aku rindu untuk berusrah..seorang sahabat yang memberikan kritikan dengan ikhlas kepadaku,aku sangat menghargai sahabat seperti ini..suka duka dikongsi bersama,tautan kerana Allah menjadikann ukhuwah kita ada kualitinya InsyaAllah


usrah...tautan yang hebat dariNYA,manisnya saat Allah memilih untuk ditautkan kita kerana Redha dan Kasih SayangNya...aku merindui akak2 dan sahabat2 seperjuangan untuk berusrah seperti disekolah menengah.Salam perjuangan kerana Allah untuk semua sahabat yang mengenali diri ini.

Monday, 2 April 2012

Tanggungjawab dan Masa


Dengan Nama Allah Yng Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

HEBAT.....
TANGGUNGJAWAB LEBIH BANYAK DARIPADA MASA

pertama semestinya untuk memikul tanggungjawab yang lain,bereskan tanggungjawab sebagai hamba Allah...
rasa teruji dengan masa yang ada..untuk perjuangan pergerakan perlu pantas,tindakan perlu tangkas 
belajar untuk seimbangkan masa sebagai seorang manusia
pengalaman yang kita lalui saat ini adalah pengalaman yang sangat berguna untuk masa hadapan insyaalah..
masa yang ada sangat berharga kerana tidak dapat dipulangkan kembali

teringat kata2 kak nisah(akak senior yang hebat)  :orang yang berjuang itu tiada masa untuk bermain-main kerana masa yang ada sangat bernilai untuknya

ilmu...pengalaman itu ilmu yang sangat berguna
terfikir..kita ini baru melakukan sedikit tanggungjawab
bagaimana solahudin al ayubi,sultan muhammad al fateh,umar abdul aziz...insan hebat yang membantu islam..yang memikirkan masalah ummat,yang bertindak pantas,cekap,tegas,tangkas....

pasti Rasulullah itu ikutan terbaik insan yang terhebat yang tangkas,cekap,tegas..bagindalah kekasih Allah yang lebih banyak melaksanakan tanggungjawab,insan yang membawa agama suci ini,kita bersyukur kerana kita dilahirkan dalam agama fitrah ini...

kuatkanlah jiwa wahai insan untuk meneruskan perjuangan baginda tercinta kekasih Allah,kita ini tiada apa-apa tanpa izinNya,mengakulah setiap masa bahawa kita ini lemah tanpa pertolongan Allah..hari semalam adalah sejarah yang mungkin pengalaman yang sangat beharga untuk kita,hari ini adalah kenyataan yang pasti yang Allah tentukan untuk kita,hari esok adalah misteri yang mesti kita lalui dengan memohon yang terbaik untuk diri kita dariNya...

sekadar hiasan
pesan untuk diri : marilah berfikirlah wahai insan..bagaimana kekuatan itu diperoleh tanpa link yang paling excellent denganNya.....Salam perjuangan untuk semua sahabat yang sedang berjuang