Pages

Sunday 14 October 2012

Hamba



“ Ya Allah,aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu,dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu.Ya Allah,jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai daripada diriku,keluargaku dan dari air yang sejuk (ketika panas terik).”
( Riwayat Tarmizi)


Lembut kasih sayang itu menyentuh kalbu
Menjengah dikala sedar dan leka
Memperbaiki kondisi diri
Semoga bertambah bunga cinta hamba yang berkelana pada Rabbi

Pintu hati sentiasa diketuk olehNya
Mengingatkan hambaNya bahawa ada yang menyinta sejak lama
Itulah cinta Agung Pencipta
Yang memang pasti tiada tandingannya

Perjalanan panjang di bumi ini
Hakikatnya sementara
Sangat terkesan insan yang mempunyai hati
Dikala ayat-ayat suci itu dibaca

"Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika kau idak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!".

Imam Al-Ghazali


Ayuh teman!
jika tidak temui hati itu
jangan segan untuk pinta hati yang baru
hati yang mampu memaksimakan cinta pada Al-Kholiq
hati yang sentiasa menyimpan rindu yang teramat untuk bertemu Nabi Muhammad SAW
hati yang sentiasa merasa bahawa kita diawasi disetiap hela nafas dan waktu