Pages

Saturday 23 June 2012

Mula-Mula Memang Susah



Tak ada siapa yang boleh ubah kita melainkan diri kita sendiri...
melihat sinar dihadapan dengan menyokong diri untuk terus mara mencari mutiara ilmu

belajar mana ada senang...dah belajar pun belum tentu senang
tapi kalau tak belajar macam mana nak senang

first time
hari tu rasa banyak salah
bukan rasa tapi memang salah
hari kedua belajar..
cikgu kata improve than before
alhamdulillah..
hari ketiga belajar
alhamdulillah

insyaallah :)
usaha + tak putus asa + doa + tawakal = dapat + syukur + tenang

tapi kalau

usaha + tak putus asa + doa + tawakal = tak dapat + syukur + tenang ( jangan risau kalau tak dapat.... Apabila dirimu menginginkan sesuatu dan gagal mendapatkannya walau begitu banyak usaha telah dicurahkan, ingatlah bahawa kamu mungkin selayaknya mendapat yg lebih baik. Oleh kerana itu, Allah tangguhkan dulu kerana Allah ingin memberikan kepadamu yg jauh lebih baik :') Allah merindui rintihan suaramu...senyum untuk sinar di hadapan )
hebat orang Islam bila ada ramuan doa dan tawakal dalam hidup...Insyaallah apa jua yang Allah bagi mesti ada syukur dan tenang...

study is a process...

kita orang islam kene banyak kemahiran..pandai komputer,masak,memandu,mewarna,melukis juga satu kemahiran...

moral of the story :

1. Sebagai seorang Islam,kita mesti ada sesuatu yang kita mahir...untuk bantu Islam


jap2 nak p drive ni...



WaaCca....
pertahankan diri!!
komputer kata:
ada sapa2 terer guna saya x?



     
      abang2 akak2 jom la kita baca buku..
     tambah pengetahuan...
     jangan  malas ye abang2 n akak2.
         

2. Jangan cepat putus asa
 Biasalah belajar sesuatu yang baru..mesti ada susahnya,tapi jangan lupa usaha...baru dapat

   firman Allah :“.....dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” surah yusuf ayat 87


3. Belajar mesti berguru
Belajar berguru lain dia punya  soul berbanding belajar sendiri....ulangkaji @ practise itu bukan belajar sendiri secara total tapi kita belajar setelah diajar

Thursday 7 June 2012

Kasihan kaum Adam Tapi kasihan pada kamu yang utamanya


Sayangi diri wahai hawa
Jangan buat begitu
Kasihan kaum Adam
Tapi kasihan pada kamu yang utamanya

Pelihara diri kita
Pelihara maruah kita
Pelihara Gambar kita
Jangan ditayang sesuka hati dengan bermacam aksi
Adakah kamu tahu perasaan yang memandang itu atau sudah
berasa gembira dengan pelbagai pujian bak air hujan yang mencurah

"comelnye awak.." 
"cute la buat macam tu.."
"woo cantiknye"


Allahuakbar!
Tanya dalam diri kita..apa perasaan kita?
Jika tidak ada sedikit pun rasa takut pada perkataan itu..
Mohon ampun pada Allah

Allah tidak pernah lupa pada kita tetapi kita yang selalu lupa dan leka tentang asal-usul kita

Allahumma Anta Rabbi La Ilaha Illa Anta Holaqtani
Wa Ana A'bduKa Ya Allah..
Ya Allah andai aku hina pada pandangan manusia..Jangan Kau hina aku pada pandanganMu Ya Rabbi.

Bukan meletakkan gambar itu tidak boleh...tapi meletakkan gambar yang menggoda itu salah
Bersopan itu melambangkan maruah wanita..gambar yang biasa,gambar bersama keluarga itu lebih baik

Saturday 2 June 2012

Tips Awal Pakai Tudung Labuh

[Petua] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh...

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :) .





sama2 kita sayang saudara2 kita...smile :)


copy: http://www.facebook.com/pages/Mencari-Keredhaan-Illahi/216898451666288